Sumber: Harian Metro
Seremban: Selepas memiliki penyerang terbaik Marlon Alex James,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melengkapkan kekuatan pasukan itu
apabila menyambar bekas penyerang MPPJ FC, Juan Manuel Aristegui dalam
persiapan mengharungi Liga M musim depan.
Perkara itu disahkan jurulatih ATM B Sathianathan yang menyifatkan
pemain berusia 33 tahun dari Argentina itu diyakini mampu menguatkan
lagi skuad itu berdepan saingan Liga Super.