Showing posts with label Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria. Show all posts
Showing posts with label Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Tagih 12 pemain luar: Kim Swee

SUmber: Harian Metro
Kelana Jaya: Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee menagih khidmat sekurang-kurangnya 12 pemain luar untuk bergabung dengan pemain Harimau Muda A bagi melakukan persiapan rapi menghadapi Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September ini.

Sunday, May 11, 2014

Selangor rampas takhta liga

PENYERANG Pahang, Dickson Nwakaeme (tengah) dihalang oleh dua pertahanan Selangor, Mohd. Rizal Fahmi (kanan) dan Stilianos Pantelidis (kiri) daripada membuat percubaan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. Selangor menang 1-0. - MINGGUANMAHATHIR ALI

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Jaringan penye­rang dari Indonesia, Andik Vermansah pada minit ke-64 memusnahkan rekod tanpa kalah Pahang di Stadium Darul Makmur, sekali gus membantu Selangor merampas kedudukan teratas Liga Super daripada skuad Tok Gajah dengan kemenangan 1-0 malam tadi.

Monday, February 17, 2014

Formasi 4-4-2 TRW berkesan

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: Pengurus Azman Ibrahim melaung amaran bahawa skuad The Red Warriors (TRW) sudah kembali ke tahap sebenar apabila membenam T-Team 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Kemenangan itu selepas menewaskan PKNS FC 3-2 dalam saingan suku akhir pertama Piala FA, 11 Febuari lalu membuktikan aksi gergasi Pantai Timur itu lebih menyengat apabila jurulatih Steve Darby menggunakan formasi 4-4-2.

Azman berkata, formasi itu secara tidak langsung membentuk persefahaman lebih tinggi di kalangan pemain.

Friday, November 22, 2013

Red Warriors masih ada kualiti

Sumber: Utusan Malaysia
 
KOTA BHARU - Pengendali baharu Kelantan, Steve Darby percaya, skuad Red Warriors masih memiliki kualiti biarpun kehilangan ramai tonggak utama apabila menghadapi musim 2014.

Selepas merangkul kejuaraan treble pada 2012, Kelantan hanya mampu meraih gelaran Piala FA musim ini. Mereka melepaskan mahkota Liga Super kepada LionsXII, sebelum kalah kepada Pahang dalam final Piala Malaysia.

Thursday, November 21, 2013

KAFA nafi ikat pemain ATM, Kedah

Sumber: Harian Metro
 
Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menafikan kehadiran tiga pemain baru Amirizwan Taj Tajuddin dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta dua tonggak Kedah, Khyril Muhymeen Zambri dan Baddrol Bakhtiar yang dikaitkan untuk menyarung jersi The Red Warriors (TRW) bagi saingan musim 2014.

Annuar menerusi kenyataannya dalam laman facebook berkata, spekulasi pemain yang bakal dipikat TRW sentiasa dimainkan oleh media dengan membabitkan beberapa pemain tempatan dan luar negara.

Monday, February 25, 2013

Bincang kontrak di Laos

Sumber: Metro Online
 
Kuala Lumpur: Perbincangan kontrak pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Wan Zaharulnizam Zakaria dengan kelab Jepun, Ryukyu FC tetap diteruskan meskipun dua pemain itu kini memiliki tugasan antarabangsa bersama skuad bawah 23 tahun negara (B-23) di Vientiane, Laos.

Pertemuan dengan wakil Ryukyu FC itu sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur namun skuad B-23 berlepas ke Vientiane semalam selepas menerima jemputan saat akhir daripada skuad kebangsaan Laos bagi perlawanan persahabatan Rabu ini.

Thursday, February 14, 2013

Usah pertikai pemergian ke Jepun

Sumber: Utusan Online
 
KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad Bawah 23 negara, Ong Kim Swee berkata pemergian dua pemain muda, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria ke kelab Divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu tidak perlu dipertikaikan.

Ini ekoran ada yang berpandangan pemergian mereka ke sana bukanlah langkah yang bijak kerana FC Ryukyu yang berstatus pasukan amatur.

Sebaliknya Kim Swee menganggap pemergian kedua-dua pemain berkenaan tetap langkah yang tepat buat para pemain mencari tapak permulaan beraksi di pentas antarabangsa.

Wednesday, July 11, 2012

Wan Zack, Zaharulnizam tekad beri aksi terbaik


Harian Metro

PEMAIN muda negara, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor mengatur langkah pertama dalam memburu cita-cita besar untuk bertapak dalam kancah bola sepak Jepun apabila bertekad untuk memberikan aksi terbaik pada ujian percubaan dengan kelab Divisyen 3, FC Ryukyu.

Kedua-dua tonggak Harimau Muda A itu akan berlepas ke Jepun awal pagi esok untuk menjalani ujian bersama kelab yang berpangkalan di Okinawa itu selama dua minggu.

Selepas berjaya memikat ejen pencari bakat Japan Dream FA, Masao Kiba menerusi aksi pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 di Tosu, Jepun September tahun lalu, ini masanya untuk Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal membuktikan pemilihan bekas kapten Gomba Osaka itu tepat.

Jika berjaya dalam tempoh percubaan itu, mereka berpeluang untuk menempa nama selaku pemain Malaysia pertama beraksi di negara kuasa besar bola sepak Asia, Jepun.

“Saya ke sana bukan hanya suka-suka tapi mahu beraksi dengan kelab itu. Setakat ini saya tidak dimaklumkan lagi mengenai program sepanjang berada di sana tapi saya sudah membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.

Monday, May 7, 2012

3 pemain Harimau Muda ke luar negara


ESPN STAR MY
Tiga pemain Harimau Muda dilaporkan sudah bersedia untuk mendapatkan kontrak bersama kelab luar negara.
Jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, ketiga-tiga pemain tersebut yang kini beraksi dalam Liga Singapura telah menarik perhatian beberapa ejen dan keputusan akan dibuat oleh FAM dalam masa terdekat.
Tiga pemain tersebut adalah Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam dan Mohd Nazmi Faiz.

Wednesday, March 28, 2012

FC Ryukyu minat Zaharul, Wan Zack


Harian Metro

DUA pemain Harimau Muda A berjaya menarik perhatian kelab Jepun, FC Ryukyu, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor dengan kedua-duanya mungkin beraksi untuk kelab berpangkalan di Okinawa itu pada Julai ini.


Jurulatih Ong Kim Swee berkata, perbincangan mengenai perkara itu dengan kelab Ryukyu masih dijalankan namun beliau mencadangkan agar kedua-dua pemain itu terus bersama hingga selesai tugasan penting dengan skuad Bawah 22 Tahun negara bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 Tahun bermula Jun ini.

Friday, December 9, 2011

Kecik tak kempunan jika tercicir ke Australia



Wan Zaharul Nizam (dua dari kiri) masih menerima rawatan insentif daripada Institut Sukan Negara bersama seorang lagi pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat.

KUALA LUMPUR - Menyedari kecederaan otot paha yang dialami masih belum pulih sepenuhnya, pemain sayap Bawah 22 tahun negara, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria atau lebih dikenali 'Kecik' rela jika namanya tidak disenaraikan ke Australia pada 10-22 Disember ini.


Meletakkan sasaran mahu beraksi kembali semasa berdepan Bahrain pada pusingan kelayakan akhir Olimpik yang dijadualkan 5 Februari depan, dia kini masih menerima rawatan insentif dari Institut Sukan Negara (ISN) bersama seorang lagi pemain, Gary Steven Robbat.


"Peluang saya untuk dibawa ke Sydney masih 50-50 kerana kecederaan saya dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh sebulan mengikut apa yang diberitahu oleh ISN.


"Oleh itu, saya fikir kemungkinan saya tidak disenaraikan ke Sydney, Australia kerana faktor kecederaan, namun jika itu berlaku, saya tidak kisah dan sanggup berikan peluang kepada rakan-rakan lain yang masih boleh bermain.


"Apa yang penting, saya mahu kecederaan hamstring saya ini sempat pulih sebelum berdepan Bahrain," katanya yang ditemui pada sesi latihan skuad Bawah 22 tahun negara, baru-baru ini.
Kecik mengalami kecederaan ketika berdepan Indonesia pada peringkat kumpulan Sukan SEA XXVI Indonesia.


Skuad Olimpik yang sedang menjalani latihan dan pemilihan pemain ke Sydney bagi menghadapi tiga perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Australia.


Sydney FC akan menjadi pasukan pertama menguji anak-anak buah Ong Kim Swee pada 13 Disember diikuti dua hari kemudian, Central Coast Mariners dan menutup tirai perlawanan persahabatan dengan Newcastle Jets pada 19 Disember.


Jelas pemain berusia 20 tahun dari Tumpat, Kelantan ini, hatinya masih geram semasa melihat rakan-rakannya tewas dua kali berturut-turut dalam perlawanan kelayakan Olimpik baru-baru ini.


"Hati saya cukup pedih apabila melihat rakan-rakan berjuang dalam kepenatan semasa kalah kepada Syria dan Bahrain, baru-baru ini.


"Kalaulah saya tidak cedera, saya mahu membantu rakan-rakan lain dan yakin dapat memberikan sesuatu dalam perlawanan berkenaan," ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...