Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Pasukan yang baru dinaikkan taraf, Sime Darby FC
memberi amaran awal bahawa mereka juga mampu mencabar kejuaraan Liga
Super musim ini selepas menewaskan juara Piala Malaysia, Pahang 1-0
kelmarin.
Selepas menyingkirkan ATM pada pusingan awal Piala FA minggu lalu
menerusi kemenangan 2-1, skuad kendalian Ismail Zakaria itu meneruskan
rentak kemenangan itu dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang (MPS) kelmarin.