Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Pasukan yang baru dinaikkan taraf, Sime Darby FC
memberi amaran awal bahawa mereka juga mampu mencabar kejuaraan Liga
Super musim ini selepas menewaskan juara Piala Malaysia, Pahang 1-0
kelmarin.
Selepas menyingkirkan ATM pada pusingan awal Piala FA minggu lalu
menerusi kemenangan 2-1, skuad kendalian Ismail Zakaria itu meneruskan
rentak kemenangan itu dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang (MPS) kelmarin.
Ia satu kebangkitan bagi kelab yang diberi jolokan ‘Pembunuh Gergasi’
itu dalam kempen liga selepas kalah tipis 2-1 di tangan Kelantan pada
perlawanan pertama dan menjadi pembakar semangat menjelang aksi di
gelanggang lawan dengan Sarawak esok.
“Saya berpuas hati dengan kesungguhan pemain dan apa yang penting kami berjaya mengutip tiga mata bagi meneruskan perjalanan liga yang masih panjang. Kami mampu bersaing dengan pasukan lain walaupun kami hanyalah pasukan yang sederhana, tapi pemain-pemain memiliki karaktor dan keinginan untuk menang,” kata Ismail.
“Saya berpuas hati dengan kesungguhan pemain dan apa yang penting kami berjaya mengutip tiga mata bagi meneruskan perjalanan liga yang masih panjang. Kami mampu bersaing dengan pasukan lain walaupun kami hanyalah pasukan yang sederhana, tapi pemain-pemain memiliki karaktor dan keinginan untuk menang,” kata Ismail.
Dalam perlawanan itu, Sime Darby seharusnya berterima kasih kepada
pemain sayap Fahrul Razi Kamaruddin apabila menjaringkan gol kemenangan
pada babak kedua selepas dia menanduk masuk bola hantaran Farid Ramli
dari sebelah kiri.
Bagi Fahrul, 27, dia gembira dapat menyumbang tiga mata buat Sime Darby melonjak ke tangga keenam liga dan berharap dapat memperbaiki sentuhan penyudahnya selepas hanya menyumbat satu gol musim lalu.
“Saya gembira dengan kemenangan ini untuk membantu pasukan meneruskan momentum. Selepas ini kami akan bertemu Sarawak dan ia bukan perlawanan yang mudah apatah lagi bermain di tempat mereka,” katanya.
Fahrul yang memiliki kepantasan dilihat cukup serasi bergandingan dengan pemain import Syria, Mahmoud Amnah di bahagian tengah dalam mengatur serangan ke kubu Pahang.
“Saya bergandingan dengannya sejak November lalu dan sudah menampakkan keserasian. Saya sedang berusaha untuk memperbaiki permainan kerana kalau boleh saya mahu merebut tempat dalam skuad kebangsaan,” katanya yang mengimpikan untuk menyarung jersi kebangsaan buat kali pertama.
No comments:
Post a Comment