Sumber: Harian Metro
Kuala Terengganu: Keupayaan T-Team mencalar ego pasukan bintang
Johor Darul Takzim (DT) malam kelmarin menyuntik semangat barisan Azraai
Khor Abdullah untuk menewaskan Terengganu pada saingan Liga Super di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.
Malah bukan itu saja, corak permainan skuad itu yang sebelum ini
dikritik hebat selepas prestasi hambar ketika bertemu Selangor dan UiTM,
kini dilihat semakin ampuh sebagai mana yang diperagakan ketika
menumbang Johor DT 1-0 hasil jaringan pemain import dari Indonesia
Patrich Steev Wanggai m-71.
Bekas jurulatih Perak musim lalu
itu tanpa berselindung mengaku berasa gembira dengan peningkatan yang
dipamerkan pemainnya yang sudah menemui rentak berdasarkan aksi yang
diperagakan pemain malam kelmarin.
“Sudah tentu saya amat gembira kejayaan T-Team yang beraksi
dengan baik walaupun beberapa peluang yang dimiliki pemain gagal
direalisasikan dengan jaringan selain umpanan yang kurang menyerlah
serta ada pemain tidak berfungsi dengan baik.
“Apapun
kemenangan itu begitu berharga kerana hasil usaha keras semua pemain
termasuk kecemerlangan penjaga gol Mohd Shahril membantu T-Team meraih
tiga mata pertama meskipun kita hanya menyasarkan satu mata dalam
pertemuan yang penuh dramatik menentang pasukan hebat itu,” katanya yang
mengharapkan pemainnya tidak besar kepala atas kejayaan itu.
Bagaimanapun, pengendali itu belum mahu mendabik dada atas kejayaan itu
sebaliknya mengharapkan pemainnya terus meningkatkan prestasi terutama
menjelang pertemuan dengan Terengganu malam esok yang juga dibarisi
ramai pemain berkualiti pada setiap posisi.
“Kejayaan
mengekang Johor DT itu belum cukup kerana masih banyak kelemahan perlu
diperbaiki jika berhasrat untuk melangkah lebih jauh lagi dalam kancah
liga,” katanya.
No comments:
Post a Comment