Showing posts with label Amirulhadi Zainal. Show all posts
Showing posts with label Amirulhadi Zainal. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Pendaftaran Amirulhadi diterima

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Pemain tengah Amirulhadi Zainal tiada masalah untuk beraksi dengan kelab barunya Johor Darul Takzim (Johor DT) bagi aksi Liga Super musim depan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain itu sudah didaftarkan sebelum tarikh pendaftaran pemain berakhir 17 Disember lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM (JKPT) Datuk Seri Afandi Hamzah, biarpun dua pasukan Johor DT dan Pahang mendaftarkan nama Amirulhadi, pihaknya tetap menerima pendaftaran itu selepas Jawatankuasa Status Pemain FAM memutuskan bekas pemain kebangsaan itu menjadi milik Johor DT minggu lalu, 11 hari selepas tarikh pendaftaran ditutup.

‘Yol’ mula berasa lega

Sumber: Harian Metro
 
Johor Bahru: Tiada apa mampu diucapkan pemain tengah Amirulhadi Zainal sebaliknya wajah kelegaan terpancar sekali gus memberi sinar kepada pemain itu untuk mempamerkan aksi terbaik bersama Johor Darul Takzim (Johor DT) pada saingan Liga Malaysia (Liga M) yang menyingkap tirai 18 Januari ini.

Keputusan Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Jumaat lalu, berhubung isu pemain berusia 27 tahun itu didapati menandatangani dua kontrak bersama Johor DT dan Pahang sudah diputuskan apabila sekadar denda RM25,000 dikenakan manakala kontrak bersama Johor DT adalah sah sudah cukup memberi nafas baru buat pemain yang sinonim dengan panggilan ‘Yol’ itu.

Thursday, December 26, 2013

Perlu tegas

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sedia memberi kerjasama kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung status Mohd Amirul Hadi Zainal yang kini bersama Johor Darul Takzim (JDT).

Setiausaha Agung PBNP Fuzeimi Ibrahim berkata, pihaknya akan membantu FAM terutama dari segi kedudukan Amirul Hadi yang sebelum ini menandatangani kontrak bersama skuad Tok Gajah.

Tuesday, December 24, 2013

‘Tetap kena hukum!’

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Tanpa aduan rasmi juga kami boleh ambil tindakan! Itu mesej jelas yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Takiyuddin Hassan kepada bekas pemain kebangsaan Mohd Amirul Hadi Zainal bahawa dia tidak akan terlepas daripada sebarang tindakan jika didapati bersalah melanggar kontrak dengan Pahang apabila membuat pusingan U menyertai Johor Darul Takzim (JDT).

Sunday, November 24, 2013

Barisan Tok Gajah masih berteka-teki

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Selaku juara Piala Malaysia, Pahang tidak terlepas berdepan kemelut pemain musim depan selepas kontrak mereka akan tamat hujung bulan ini.
Walaupun jurulatih Dollah Salleh menegaskan 90 peratus pemain musim ini akan kekal bersama Tok Gajah namun pengesahan itu masih belum diputuskan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Terdapat beberapa pemain dilihat cuba bermain tarik tali dengan PBNP apabila mendakwa mereka menerima banyak tawaran lebih menarik yang tidak mungkin ditolak.

Friday, January 4, 2013

Lapan pemain Pahang rebut empat kekosongan

Sumber: Metro Online
 
HANYA ada empat kekosongan tapi lapan pemain mengintai peluang untuk mengisi slot posisi tengah skuad Pahang musim ini.
 
Memang sukar tapi itulah situasi dialami ketua jurulatih, Dollah Salleh dalam misinya membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala selepas Pahang mengalami kemarau kejayaan di pentas bola sepak tempatan.

Friday, December 21, 2012

Pahang ketengahkan enam muka baru

 
KUANTAN - Skuad Tok Gajah menjanjikan saingan pada kejuaraan Liga Super 2013 apabila menampilkan enam muka baru dalam pasukan itu.
 
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Akbar V. V. Abu berkata, empat daripada muka baru itu adalah pemain tempatan dan dua pemain import dari Magribi dan Macedonia.
 
"Tiga pemain tempatan baru kita sebelum ini bermain dengan Selangor iaitu Mohd. Razman Roslan, Mohd. Amirulhadi Zainal serta Azidan Sarudin manakala seorang lagi adalah bekas penjaga gol Perak, Mohd. Nasril Mat Nordin.

Tuesday, November 6, 2012

Amri kekal setahun lagi


Harian Metro

KEHILANGAN sejumlah besar tonggak utama Selangor menyebabkan Mohd Amri Yahyah berada dalam dilema untuk meneruskan khidmatnya bersama Merah Kuning musim depan.

Namun selepas berfikir panjang, pemain tengah berusia 31 tahun itu akhirnya setuju untuk kekal menabur bakti bersama pasukan tunggal yang diwakilinya sejak 2001.

“Memang pada awalnya pemergian sejumlah besar pemain utama menimbulkan kebimbangan kepada saya untuk bersama Selangor. “Bagaimanapun selepas memikirkan jasa Selangor selama ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk kekal setahun lagi,” kata kapten Selangor yang mengetuai pasukan itu sejak 2009.

Friday, November 2, 2012

Zaiza optimis Tok Gajah mampu raih satu gelaran


Harian Metro

PERTAHANAN Pahang, Mohd Zaiza Zainal Abidin percaya skuad Tok Gajah mampu meraih sekurang-kurangnya satu gelaran dalam saingan Liga M, musim depan.

Kehadiran tiga pemain baru, Mohd Nasril Nourdin dari Perak serta dua pemain Selangor, Mohd Razman Roslan dan Mohd Amirul Hadi Zainal mampu menambah sengat Pahang yang kembali bersaing dalam Liga Super.

Mohd Zaiza berharap persefahaman antara pemain baru dan lama akan memberi kekuatan menyekat beberapa pasukan terbaik musim 2013.

Monday, October 29, 2012

Amirul, Razman, Nasril sertai Pahang


Harian Metro

DUA pemain Selangor dan seorang dari Perak antara barisan pemain baru yang akan memantapkan Pahang untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Mereka membabitkan Mohd Amirul Hadi Zainal dan Mohd Razman Roslan yang beraksi bersama skuad Red Giants serta Mohd Nasril Nourdin yang juga penjaga gol utama Seladang, musim ini.


Kehadiran Mohd Nasril yang juga bekas penjaga gol kebangsaan itu diyakini mampu mengisi kekosongan ditinggalkan penjaga gol utama Pahang musim ini, Muhd Azraei Wan Teh yang beralih angin ke Terengganu.

Menurut sumber, kehadiran tiga pemain berkenaan dijangka membantu memperkemaskan lagi jentera tengah pasukan itu termasuk benteng terakhir skuad Tok Gajah.

Friday, January 13, 2012

Janji Amirulhadi


Harian Metro

IMPIAN pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim untuk membentuk jentera serangan yang digeruni lawan dalam kancah Liga Malaysia musim ini sedia direalisasikan barisan pemain Merah Kuning walaupun sekadar mencatatkan keputusan seri dalam aksi pembukaan Liga Super pada Selasa lalu.


Malah penjaring gol pertama Selangor musim ini, Amirulhadi Zainal berjanji untuk meningkatkan lagi prestasi sekali gus menjadi tonggak penting kebangkitan mereka pada musim ini dalam memburu satu piala yang menjadi idaman Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

“Memang saya masih belum berpuas hati dengan prestasi sendiri perlawanan pertama menentang Negeri Sembilan walaupun menjaringkan satu gol. Masih banyak yang boleh ditingkatkan dan saya perlu lebih rajin dalam padang,” kata pemain kebangsaan itu.




Menurut pemain berusia 25 tahun itu, dia masih mampu memberikan persembahan yang lebih baik dan perlu segera tingkatkan prestasi sekiranya mahu kekal dalam kesebelasan utama kerana Selangor mempunyai pemain tengah yang ramai untuk diturunkan.

Sesuatu yang boleh membimbangkan barisan pemain tengah Selangor adalah pujian Irfan Bakti kepada pemain gantian, Solihin Kanasian yang berjaya mendapatkan sepakan penalti untuk memberikan gol kedua Selangor sekali gus memberi amaran kepada barisan pemain tengah yang lain agar sentiasa berwaspada.


Selangor bakal meneruskan perlawanan kedua Liga Super dengan menanti kunjungan Perak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.




Sementara itu, tiket bagi perlawanan terbabit berharga RM15 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak yang akan mula dijual pada hari perlawanan di pintu Kuning bermula jam 5.30 petang manakala penjualan tiket bagi penyokong Perak adalah di pintu Hijau.



Wednesday, January 11, 2012

Gergasi Merah bangkit


Harian Metro

DUA gol ledakan penyerang import Negeri Sembilan Jean-Emmanuel Effa Owona masih belum cukup membantu pasukannya melakar kemenangan apabila Selangor mencipta kebangkitan untuk mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi semalam.


Effa Owona yang menjaringkan dua gol ketika Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 2-1 untuk menjulang Piala Sultan Ahmad Shah Sabtu lalu terus menceriakan penyokong Hoben Jang Hoben dengan menanduk masuk gol pertama pada minit ke-4 selepas mendapat lambungan Rashid Mahmud.

Anak buah jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah terus meningkatkan tekanan sehingga membuatkan pertahanan Red Giants, Mohd Nasriq Baharom melakukan kekasaran menjatuhkan pemain sayap kanan, Shahurain Abu Samah dalam kotak penalti.




Sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar tenang disempurnakan pemain import dari Cameroon, Effa Owona untuk meletakkan skuad Rusa mendahului 2-0 pada minit ke-34.

Selangor yang dibimbing bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim cuba bangkit mencari gol namun tandukan pemain pertahanan kebangsaan, Mohd Asraruddin Putra Omar sebelum babak pertama tamat tersasar di depan pintu gol.


Bersambung babak kedua, Selangor yang gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super musim lalu bagaimanapun bangkit merapatkan kedudukan menerusi rembatan leret Amirulhadi Zainal ke sebelah kanan gawang gol menewaskan Mohd Farizal Marlias di minit ke-67.




Gol itu membakar semangat pasukan pelawat yang terus mengganas dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Mohd Safiq Rahim pada minit ke-74 selepas Shahurain melanggar pemain gantian Selangor, Solihin Kanasian dalam kotak penalti.

Meskipun Negeri Sembilan dan Selangor berusaha keras memburu gol kemenangan namun keputusan kekal 2-2 sehingga wisel penamat dibunyikan untuk kedua-dua pasukan akur berkongsi satu mata.




Thursday, August 4, 2011

Tak ada faedah!

AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Amirulhadi tak mahu ambil kisah kenyataan ‘monyet’ isteri kapten Singapura

PEMAIN sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti ‘monyet’.

“Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,” kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.


“Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak. 

“Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.

Kenyataan itu dikeluarkan Hidayah menerusi laman Twitter, memperkatakan lagak lipat gunting serentak Safee dan Amirul ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut. 
“Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita,” katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.

Ketika ditemui, Rajagobal tidak terkejut jika ada pihak mula mempersoalkan kewibawaannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

“Hanya kerana kita tidak layak ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia, ramai yang muncul sebagai ‘jurulatih’ dan mempersoalkan strategi saya pada perlawanan menentang Singapura tempoh hari,” kata Rajagobal.

“Sewaktu kita menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu, tiada pula yang mempersoalkan apa-apa sedangkan kita menurunkan skuad hampir sama, kecuali tanpa Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

“Saya akui barisan pertahanan kita tidak konsisten ketika menentang Singapura dan ramai mempersoalkan kenapa saya tidak memanggil Norhafiz Zamani Misbah selepas pertahanan itu beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea.

“Tetapi katakan saya memanggil Zamani hanya kerana prestasi pada perlawanan itu dan kemudian dia tidak menjadi, tentu percaturan saya akan turut dipersoalkan.”

Rajagobal sedar kekalahan 6-4 secara agregat di tangan Singapura cukup mengecewakan seluruh rakyat Malaysia, tetapi dia mahu peminat sedar dan faham anak buahnya sudah sedaya upaya cuba mengatasi pasukan jiran yang dibarisi pemain lebih berpengalaman itu.

“Saya dan pemain tidak akan lupakan kehadiran lebih 90,000 penonton di stadium malam itu. Saya tahu apa yang mereka harapkan. Pemain kita masih muda dan saya menyediakan pasukan ini untuk layak ke Piala Asia 2015.” 

Wednesday, August 3, 2011

'Kami bukan monyet'

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)
Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.


Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan. 

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan. 

Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...