

BEKAS pemain remaja Arsenal, Rhys Weston dikatakan bakal menyarung jersi Sabah dengan kontrak selama setahun dalam tempoh terdekat bagi saingan Liga Perdana, musim depan.
Sabah yang kini menggunakan khidmat jurulatih baru, Brit David McCreery, turut menyambung kontrak dua pemain import mereka, iaitu Brendan Gan dari Australia dan Hendrik Helmke dari Jerman setahun lagi.