Showing posts with label Abdul Manaf Mamat. Show all posts
Showing posts with label Abdul Manaf Mamat. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Penyu rombak besar-besaran

Sumber: Harian Metro

Kuala Terengganu: Kecewa selepas gagal mendakap sebarang piala musim ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bakal melakukan rombakan besar-besaran membabitkan pemain dan jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Selain itu, perubahan itu juga disebabkan pasukan yang digelar Penyu itu terperosok di tangga kesembilan liga daripada 12 pasukan berbanding kedudukan kelima musim lalu.

Monday, November 12, 2012

Harian Metro


PENYERANG berbisa Terengganu, Abdul Manaf Mamat berkata dia masih setia untuk bermain dengan skuad Penyu walaupun pernah dilamar pasukan lain.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata Terengganu adalah pasukan pertama yang diwakili dan telah melonjak namanya di persada bola sepak negara.

“Memang ada beberapa negeri memberi tawaran kepada saya, namun saya terpaksa menolak tawaran itu kerana hati saya masih kuat untuk bersama Terengganu.

“Lagipun saya masih mempuyai kontrak setahun lagi bersama skuad Penyu,” kata bekas pemain kebangsaan ini.

Anak kelahiran Kampung Nibong mula menyertai skuad Terengganu sejak berumur 19 tahun.

Sunday, May 6, 2012

Piala AFC: Terengganu ke Hong Kong tanpa tonggak



KUALA TERENGGANU 6 Mei - Terengganu akan turun menentang Kitchee Hong Kong dalam perlawanan terakhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Hong Kong 9 Mei ini tanpa penyerang berbisanya.

Penolong pengurus pasukan, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof berkata, ini kerana ramai pemain utama Terengganu seperti penyerang sensasi Francis Forkey Doe dan Abdul Manaf Mamat tidak turut serta kerana tercedera.

Saturday, March 24, 2012

Mat Zan resah skuad ‘teruk’

BH Online 


MASALAH kecederaan beberapa tonggak menghantui pasukan skuad Penyu membuatkan jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris pening memikirkan barisan terbaik menjelang suku akhir pertama Piala FA menentang Lions XII di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini. 

Terbaru, penyerang lincah mereka, Abdul Manaf Mamat tidak akan dapat diturunkan dalam pertembungan itu akibat kecederaan buku lali ketika aksi menentang kelab Hong Kong, Kitchee FC dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Selasa lalu. 


Saturday, March 10, 2012

Manaf tangguh bulan madu


Harian Metro

PENYERANG Terengganu, Manaf Mamat memilih untuk menunda rancangan bulan madunya hingga selepas pasukannya bertemu Perak dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam ini.


Pemain berusia 25 tahun itu yang mengikat tali pernikahan dengan Sabihah Johan, juga 25 tahun di Taman Permint Jaya, Kuala Terengganu, semalam menganggap perlawanan menentang Perak terlalu penting bukan saja untuknya, malah isterinya juga.



Monday, December 12, 2011

'Saha' penyerang penyu paling bernilai



KUALA TERENGGANU - Mohd. Ashaari Samsudin atau lebih dikenali dengan panggilan 'Saha' menggondol tiga daripada tujuh anugerah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kelmarin.

Penyerang tengah itu diiktiraf sebagai pemain skuad Penyu paling bernilai dengan kemahiran dan ketangkasan beraksi sepanjang Liga Malaysia musim lalu menerusi Anugerah Terbilang.

Selain itu, dia juga menerima Anugerah Setia Tempatan yang diberikan kepada anak negeri yang kekal bersama skuad penyu sejak tahun 2004.

Anugerah yang sama turut dikongsi dua lagi anak tempatan, iaitu penjaga gol, Mohd. Sharbinee Allawee dan penyerang berbisa, Abdul Manaf Mamat yang mula beraksi pada 2005.

Ashaari turut berkongsi Anugerah Perkasa, iaitu anugerah yang diberikan kepada pemain yang beraksi paling lama di atas padang bersama empat lagi pemain iaitu Sharbinee, Reeshafiq Alwi, Abdul Hadi Yahya dan kapten, Mazuki Yusof.

Mazuki juga menggondol Anugerah Juragan iaitu pemain yang mempunyai sifat kepimpinan dalam pasukan, manakala Abdul Manaf diiktiraf sebagai penerima Anugerah Nelang selepas beraksi cemerlang ketika menentang Kelantan di suku akhir Piala Malaysia biarpun baru kematian bapanya.

Turut menerima anugerah pemain skuad Sukan SEA, Zubir Azmi (Anugerah Pemain Harapan) dan empat pemain luar iaitu Mazlizam Mohamad, Joseph Kalang Tie, Abdul Hadi dan Reeshafiq menerusi Anugerah Setia Luar.

Pada majlis yang sama, PBSNT turut mengagihkan insentif kepada 23 pemain yang membawa Terengganu muncul naib juara Piala Malaysia yang lalu.

Menurut Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh wang itu diberikan mengikut masa dan kekerapan seseorang pemain itu beraksi.

Wednesday, November 2, 2011

Tiga peledak Penyu kekal


TRIO peledak berbisa Terengganu yang diketuai penjaring terbanyak musim ini, Abdul Hadi Yahaya, Mohd Ashaari Samsuddin dan Abdul Manaf Mamat kekal bersama skuad itu musim depan.

Selain itu, nama besar yang turut dikekalkan ialah penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Mazlizam Mohamad, Marzuki Yusof, Ahmad Nordin Alias dan Ismail Faruqi Ashari.

Kelmarin, dalam sidang media khas di pejabat PBSNT, Presiden Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan akan mengekalkan kesebelasan utama manakala beberapa pemain lagi masih dalam peringkat perbincangan dan keputusannya bakal diketahui dalam masa terdekat. 

Pemenang kasut emas, Abdul Hadi terpaksa menolak tawaran beberapa pasukan lain kerana masih sayangkan pasukan Terengganu yang banyak melonjak namanya dalam persada bola sepak.

Katanya, sebelum ini namanya tidak dikenali biarpun sudah tiga pasukan diwakili tetapi ketika bersama Terengganu, namanya menjadi sebutan ramai peminat apatah lagi terpilih mewakili skuad kebangsaan.

“Sebab itulah saya tidak mahu berhijrah sebaliknya mahu kekal di sini lebih-lebih lagi PBSNT masih memerlukan khidmat saya,” katanya.

Bagi Abdul Manaf pula, musim ini mempunyai suka duka biarpun melakar kejayaan muncul juara Piala FA dan melangkah ke final Piala Malaysia, kesedihan kehilangan bapa tetap diingati.


Wednesday, October 26, 2011

Piala Malaysia untuk ayah - Manaf




Abdul Manaf Mamat menahan kesakitan selepas mengalami kecederaan buku lali sewaktu sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Terengganu semalam, menjelang final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan, Sabtu ini.


KUALA TERENGGANU - Bintang Terengganu, Abdul Manaf Mamat mahu memastikan pasukannya pulang bersama Piala Malaysia, Sabtu ini sebagai hadiah buat Arwah bapanya, Mamat Mahmud yang meninggal dunia, awal bulan ini.

"Detik ini amat saya nantikan dan saya akan memastikan kemenangan sebagai hadiah untuk ayah.

"Meskipun beliau sudah tiada, namun beliau adalah pendorong saya untuk mencipta kejayaan," ujar Manaf yang kehilangan bapanya pada 14 Oktober lalu lalu.

Biarpun namanya semakin naik hasil kejayaan meledakkan gol ketika membenam Selangor di separuh akhir, namun Manaf tetap merendah diri.

Baginya, tiada sebarang kejayaan sudah dilakar selagi dia tidak membawa pulang piala, Sabtu ini.

Dia yang terpaksa direhatkan pada sesi latihan semalam setelah mengalami kecederaan buku lali kanan tetap yakin akan disenaraikan dalam kesebelasan utama memandangkan kecederaan tidak begitu serius.

"Saya percaya dapat bermain pada malam final nanti kerana ia cuma bekas kecederaan lama pada buku lali ketika menentang Selangor Sabtu lalu," ujarnya.

Penyerang itu berkata, soal siapa yang menjaringkan gol tidak penting kerana ia permainan berpasukan, namun yang paling mustahak Terengganu menang seterusnya jadi juara Piala Malaysia kali ini.

Kata pemain berusia 24 tahun itu, rakan-rakan sepasukan yang lain juga mampu mencipta gol dan memastikan Terengganu merangkul trofi.

Dia bagaimanapun bertekad untuk bermain habis-habisan bagi menambah koleksi golnya.

"Berdasarkan keserasian yang baik dengan Abdul Hadi Yahaya dan Shaari Samsuddin, kami yakin dapat menggembirakan penyokong Terengganu," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.

Manaf setakat ini berjaya menjaringkan enam gol dalam saingan Piala Malaysia, 15 gol dalam Liga Super dan tujuh gol Piala FA.

Dia membantu Terengganu mengecewakan Kelantan pada aksi suku akhir Piala Malaysia dan menyingkirkan Selangor di separuh akhir.

Pada separuh akhir pertama Piala Malaysiadi Shah Alam, pemain yang berasal dari
Kampung Panji Alam itu berjaya menjaringkan dua gol.

Dia juga mencipta satu lagi gol sewaktu Terengganu melayani kunjungan Selangor pada separuh akhir kedua di gelanggang sendiri Sabtu lalu.

Abdul Manaf berpendapat, Terengganu dan Negeri Sembilan tetap mempunyai peluang seimbang untuk menjulang kejuaraan.

Saturday, October 15, 2011

Takziah buat Manaf


TIDAK sampai 24 jam sebelum pertarungan dengan Kelantan dalam saingan suku akhir kedua Piala Malaysia bermula, penjaring kedua terbanyak Terengganu, Abdul Manaf Mamat, menerima berita menyedihkan apabila bapa tersayang, Mamat Mahmud, 73, meninggal dunia pada jam 11.40 malam kelmarin akibat penyakit angin ahmar.

Abdul Manaf yang meledak 15 gol dalam saingan Liga Super musim ini menerima berita menyedihkan itu dengan hati terbuka dan reda dengan pemergian bapanya di saat dia memerlukan semangat untuk membantu skuadnya mara ke separuh akhir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...