Showing posts with label Tam Sheang Tsung. Show all posts
Showing posts with label Tam Sheang Tsung. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Ujian Sheang Tsung

Sumber: Harian Metro Online
 
Kuala Lumpur: Sejauh mana kemampuan bintang muda kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua, Tam Sheang Tsung untuk menyarung jersi negara bakal diuji apabila pemain berusia 17 tahun itu menjalani latihan bersama skuad Harimau Muda A, bermula hari ini.
 
Sheang Tsung yang menandatangani kontrak dengan kelab mewah China itu, Mei lalu mendapat kebenaran jurulatihnya, Sergio Batista untuk menjalani latihan bersama skuad kendalian Ong Kim Swee selama seminggu.

Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal yang berharap kehadiran Sheang Tsung bakal memberikan pilihan baru buat Kim Swee bagi mempersiapkan pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) merealisasi misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Myanmar hujung tahun ini.

Friday, May 11, 2012

Shenhua tandatangani remaja Malaysia

sumber: ESPNSTAR.my
Shenhua tandatangani remaja Malaysia


Kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua telah menandatangani pemain berusia 17 tahun, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia.

Kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua telah menandatangani pemain berusia 17 tahun, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia.

Pada November 2011, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia telah menjalani pemilihan di kelab Shanghai Shenhua. Selepas pemerhatian selama enam bulan, pasukan jurulatih kelab tersebut sangat tertarik dengan permainannya yang konsisten.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...