Sumber: Harian Metro Online
Kuala Lumpur: Sejauh mana kemampuan bintang muda kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua, Tam Sheang Tsung untuk menyarung jersi negara bakal diuji apabila pemain berusia 17 tahun itu menjalani latihan bersama skuad Harimau Muda A, bermula hari ini.
Sheang Tsung yang menandatangani kontrak dengan kelab mewah China itu, Mei lalu mendapat kebenaran jurulatihnya, Sergio Batista untuk menjalani latihan bersama skuad kendalian Ong Kim Swee selama seminggu.
Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal yang berharap kehadiran Sheang Tsung bakal memberikan pilihan baru buat Kim Swee bagi mempersiapkan pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) merealisasi misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Myanmar hujung tahun ini.

“Usaha membawa Sheang Tsung menjalani latihan bersama skuad negara berjaya kerana kelabnya kini berada di Argentina untuk persiapan pra musim. Dia akan menjalani latihan selama seminggu bersama pasukan Harimau Muda A dan dan prestasinya akan dipantau Datuk K Rajagobal (ketua jurulatih kebangsaan) dan Kim Swee.
“Jika dia mempamerkan persembahan baik, Sheang Tsung akan diserapkan dalam pasukan Harimau Muda A, Harimau Muda B atau skuad kebangsaan,” katanya.
Subahan berkata, bukan satu masalah buat Sheang Tsung yang tidak fasih bertutur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kerana pemain tengah itu akan ditemani seorang jurubahasa ketika berada di sini.

“Sheang Tsung mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri memandangkan dia hanya boleh bercakap dalam Bahasa Jepun, tapi saya fikir ia tidak akan menjadi isu besar,” katanya.
Sheang Tsung, warga negara Malaysia, dibesarkan di Jepun selepas mengikut ibu bapanya ke negara itu atas urusan perniagaan. Ibu bapa Sheang Tsung, Tam Yun Tong dan Ang Hui Chin memiliki sebuah restoran Rasa Malaysian Cuisine sejak 16 tahun lalu.

Bakat Sheang Tsung mula dikesan pada usia 13 tahun apabila pencari bakat dari Yokohama FC memilihnya untuk pasukan Yokohama FC Bawah-15. Pada 2010, dia menyertai kelab Divisyen 2, Sagan Tosu yang terletak di Kyushu, Jepun dan menjadi pemain termuda dalam sejarah bola sepak profesional Jepun.
Bagaimanapun nama Sheang Tsung kurang dikenali di Malaysia serta di Jepun sehinggalah kelab Shanghai Shenhua yang turut dibarisi pemain bintang Didier Drogba dan Nicolas Anelka menawarkan kontrak kepadanya tahun lalu.
Dia membuat penampilan pertama bersama kelab itu pada 25 Julai 2012 apabila masuk sebagai pemain gantian, menggantikan Feng Renliang pada minit ke-86 ketika perlawanan pra musim menentang Manchester United.

No comments:
Post a Comment