Sumber: Metro Online
PENJAGA gawang utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kecewa tidak dapat beraksi pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, kerana tarikh itu bertembung dengan majlis perkahwinannya.
Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek berkata, meskipun baru bergelar suami dan masih dalam kegembiraan selepas dinikahkan pada 28 Disember lalu, dia tetap kecewa tidak dapat beraksi berikutan perlu menguruskan majlis perkahwinannya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada hari sama.
Katanya, tarikh majlis itu ditetapkan sebelum jadual perlawanan diumum sekali gus menyebabkan dia hanya mampu memberi sokongan kepada rakan sepasukan dari jauh.
Katanya, tarikh majlis itu ditetapkan sebelum jadual perlawanan diumum sekali gus menyebabkan dia hanya mampu memberi sokongan kepada rakan sepasukan dari jauh.
“Saya kecewa apabila tidak dapat bermain kerana ia aksi pertama musim ini namun saya mendoakan rakan sepasukan dapat melakukan yang terbaik untuk menang.
“Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan saya harap jurulatih memahami situasi ini,” katanya ketika dihubungi semalam. Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, beliau belum memutuskan siapa yang bakal menjadi pengganti Khairul Fahmi.
Katanya, beliau menghadapi sedikit masalah menamakan penjaga gawang kerana pemain yang sering menggantikan Khairul Fahmi, Mohd Shahrizan Ismail mengalami kecederaan.

“Buat masa ini, saya belum memutuskan siapa yang akan diturunkan. Selain Mohd Sharizan, kita ada Muhammad Syazwan Yusoff dan Norhadi Ubaidillah,” katanya.
No comments:
Post a Comment