Sumber: Metro Online
Kota Bharu: “Dalam isu Mat Yo, kita tidak ada sentimen peribadi sebaliknya hanya menuntut hak dan melihat tafsiran yang dibuat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Justeru, pada masa ini, kami terima dulu apa yang FAM putuskan namun tetap akan menilai semula dan menyerahkan kepada peguam untuk diperhalusi,” kata Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata demikian ketika mengulas jumlah tebus kontrak bekas penyerang Kelantan, Norsharul Idlan Talaha atau Mat Yo, RM299,000 seperti yang diputuskan Jawatankuasa Status FAM, semalam.

Annuar berkata, KAFA tidak mahu mempersoalkan keputusan FAM itu namun ia mungkin menjadi rujukan kepada pasukan atau pemain lain untuk melakukan perpindahan musim depan.
“Tidak timbul soal setuju atau tidak berhubung jumlah diputuskan itu sebaliknya tafsiran dibuat FAM semalam akan diguna pakai untuk perpindahan pemain lain pada masa akan datang.
“Maknanya, selepas ini kita boleh ambil pemain yang masih ada kontrak dan hanya perlu bayar mengikut apa yang diputuskan FAM atau dengan jumlah RM250,000 saja.” Bagaimanapun, Annuar tidak menafikan akan membuat tuntutan terhadap hutang lain dan menyerahkan kepada peguam untuk meneliti isu itu hingga selesai.

No comments:
Post a Comment