Saturday, January 5, 2013

Mandjou tekad gegar gawang lawan


Sumber: Metro Online

PENYERANG import baru Kelantan, Keita Mandjou bertekad untuk kembali menggegar selepas lima tahun meninggalkan kancah bola sepak Liga Malaysia.

Dua gelaran penjaring terbanyak bersama Perak pada 2006 dan 2007 membuktikan bisa bekas pemain kebangsaan Guinea itu.



Namun usianya kini mencecah 33 tahun dan selepas tidak beraksi enam bulan tahun lalu kerana masalah Sijil Perpindahan Antarabangsa dari kelab India, Pune FC ke Kelantan, timbul persoalan terhadap kemampuan Mandjou.

Mandjou mengaku prestasinya kini belum di tahap terbaik namun itu tidak akan membataskan hajatnya untuk membantu skuad The Red Warriors membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malam ini.

“Saya sudah menjalani latihan dan bermain dalam perlawanan persahabatan bersama Kelantan ketika pra-musim.

“Prestasi saya baru mencapai 70 peratus dan saya yakin selepas dua atau tiga perlawanan, saya akan berada di prestasi sebenar,” katanya yang ditemui pada sesi latihan rasmi, semalam.

Mandjou yang menjadi sandaran utama skuad kendalian Bojan Hodak untuk menerajui jentera serangan selepas ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohammed Ghadar tidak tertekan dengan harapan tinggi penyokong Kelantan apatah lagi selepas bergelar juara trebel musim lalu.

“Penyokong pasti mengharapkan saya untuk menjaringkan gol dan saya tidak tertekan” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...