Thursday, January 24, 2013

Peteh: Kaji semula khidmat 2 pemain import Terengganu


Sumber: Bernama

KELAB Penyokong Terengganu (Peteh) meminta pengurusan pasukan Terengganu mengkaji semula khidmat dua pemain import dari Cameroon dalam saingan Liga Super musim ini.

Setiausahanya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, langkah itu wajar memandangkan prestasi Effa Owana Jean Emmanuel dan Vincent Bikara didakwa kurang memuaskan selepas lima perlawanan liga.


"Mereka gah pada nama tetapi tidak kepada permainan... Terengganu kini menduduki di tangga tercorot carta liga setelah mengharungi lima perlawanan
setakat ini, ini belum pernah terjadi lagi, " katanya kepada Bernama hari ini.

Wan Mohd Azmi mempersoalkan penyerang Effa Owana sepatutnya menyerlah namun belum menampilkan pemainan yang diharapkan serta belum menjaringkan sebarang gol untuk membantu pasukan Terengganu.

"Apakah permainan dipamerkannya itu setimpal dengan gaji yang dibayar oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu kepada pemain import berkenaan?" tanya beliau.

Bagaimanapun, Wan Mohd Azmi berkata walau apapun Peteh akan tetap memberikan sokongan kerana yakin pasukan negeri itu mampu bangkit semula jika semua pihak bekerjasama. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...