Tuesday, January 29, 2013

PAFA buat aduan rasmi


Sumber: Metro Online

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menyahut cabaran Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) apabila membuat aduan rasmi terhadap dua insiden membabitkan pasukan Seladang dalam kancah Liga Super 2013 setakat ini.

Aduan pertama ialah terhadap kes pembantu pengadil menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Perak semasa perlawanan Liga Super menentang Selangor pada 22 Januari lalu manakala satu lagi terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengenai insiden tidak memainkan lagu kebangsaan serta lagu negeri Perak di Stadium Larkin pada 25 Januari lalu.



Setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin mengesahkan tindakan pihaknya mengemukakan aduan rasmi itu agar tindakan dapat diambil.

“PAFA sudah buat aduan rasmi kepada FAM. Kami akan mengemukakan saksi sebagai bukti dakwaan itu jika kes itu dibicarakan. Perak mahu cari keadilan,” katanya.

Dalam kes pertama, pembantu pengadil kedua, Mohd Fazli Ishak didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Perak beberapa minit sebelum perlawanan tamat.

Fazli dikatakan menunjukkan isyarat dengan jari hantunya selepas dicemuh dan dikecam penyokong tuan rumah yang tidak puas hati dengan mutu pengadilan perlawanan.

Tindakan PAFA itu bertepatan dengan gesaan pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz yang mangsa persatuan negeri membuat laporan terhadap kesilapan pengadil, baru-baru ini.

Manakala dalam insiden kedua, PAFA berasa terhina apabila tuan rumah tidak memainkan lagu negeri Perak sedangkan lagu negeri Johor dimainkan sebelum perlawanan. Lagu Negara Ku yang wajib dimainkan juga turut tidak dimainkan.

Bagi kesalahan itu PBNJ dijangka didenda RM2,000 oleh FAM seperti yang dijelaskan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd Amin, kelmarin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...