Sumber: Metro Online
Kangar: “Kami tidak sepatutnya kalah perlawanan ini selepas beraksi dengan baik dan mendahului tapi kesilapan benteng pertahanan mengundang padah kerana membolehkan lawan mencipta jaringan.”
Begitu kata ketua jurulatih Perlis, Yunus Alif ketika mengulas keputusan perlawanan pertama Liga Perdana yang menyaksikan skuad kendaliannya tewas kepada Sarawak 1-2 di Kangar, petang semalam. Kekalahan itu sekali gus mengecewakan beliau dan pengurusan yang mensasarkan untuk mencipta kemenangan dan meraih tiga mata penuh di laman sendiri.
“Kesilapan bukan sekali tapi dua kali apabila mereka menjaringkan gol sebelum rehat.
“Kesilapan bukan sekali tapi dua kali apabila mereka menjaringkan gol sebelum rehat.
“Mereka membenarkan lawan menjaringkan dua gol mudah dan menjadi punca kekalahan Perlis,” katanya.
Yunus yang jelas kecewa dengan keputusan itu berkata, pada babak kedua, Perlis beraksi lebih baik dan mencipta beberapa peluang tapi jentera depan gagal melakukan penyudahan bermakna.
Perlis yang memiliki kelebihan penonton terlebih dulu menggegar jaring melalui jaringan Antwi Dennis Agyare pada minit ke-15.

Bagaimanapun, penyerang import lawan, Ivan Babic memadam kelebihan itu pada minit ke-32 sebelum kedudukan berubah lagi lima minit kemudian apabila ketua pasukan, Bobby Gonzales menjaringkan gol kemenangan.
No comments:
Post a Comment