Showing posts with label Mohd Raimi Md Nor. Show all posts
Showing posts with label Mohd Raimi Md Nor. Show all posts

Sunday, October 26, 2014

'Johor' di final selepas 23 tahun

jdt
Luciano Figueroa (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan JDT bersama rakan sepasukan, Mohd. Aidil Zafuan (kiri) dan Jorge Diaz pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru, semalam. – mingguan/AMIN FARIJ HASSAN - 

Sumber: Utusan Online

JOHOR BAHRU – Penyokong Johor bergembira selepas 23 tahun me­nunggu untuk menyaksikan wakil negeri itu beraksi di pentas akhir Piala Malaysia apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) memenuhi impian mereka dengan menyingkirkan Felda United menerusi agregat 6-5 pada separuh akhir semalam.
Kemenangan 3-1 ke atas The Fighters pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menggembirakan penyokong Harimau Selatan, yang kali terakhir melihat pasukan mereka layak ke final kejohanan berprestij itu menerusi skuad negeri, Johor pada 1991.

Tuesday, April 22, 2014

Selangor sah sambar Nazmi

Foto
Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Perancang tengah berbakat negara Mohd Nazmi Faiz Mansor sah bergelar pemain Selangor semalam apabila menandatangani kontrak bersama Merah Kuning dengan difahamkan perpindahan berkenaan membabitkan pembayaran RM300,000 kerana masih mempunyai baki kontrak setahun setengah bersama PKNS FC.

Wednesday, February 13, 2013

Selangor ranap impian Sabah

Sumber: Utusan Online

Tandukan penyerang Selangor, S. Veenod (dua dari kiri) terkena palang gol Sabah dalam saingan Piala FA di Stadium Likas, semalam. Selangor menang 3-0 untuk layak ke suku akhir. - BERNAMA

KOTA KINABALU - Dua gol oleh Francis Forkey Doe membantu Selangor menewaskan Sabah 3-0, sekali gus mara ke suku akhir Piala FA pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Likas, Kota Kinabalu, petang semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...