Sumber: Utusan Online
Tandukan penyerang Selangor, S. Veenod (dua dari kiri) terkena palang gol Sabah dalam saingan Piala FA di Stadium Likas, semalam. Selangor menang 3-0 untuk layak ke suku akhir. - BERNAMA |
KOTA KINABALU - Dua gol oleh Francis Forkey Doe
membantu Selangor menewaskan Sabah 3-0, sekali gus mara ke suku akhir
Piala FA pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Likas, Kota
Kinabalu, petang semalam.
Forkey Doe menjaringkan gol pembukaan pada babak akhir separuh masa
pertama selepas pemain itu mudah menyempurnakan sepakan percuma yang
dibuat oleh Mohd. Raimi Md. Nor untuk menghampakan kira- kira 1,000
penonton tuan rumah.
Pasukan bimbingan Irfan Bakti itu yang jelas mendominasi perlawanan
hampir mendahului pada minit ke-18, namun tandukan Muhd. Ramzul Zahini
ditepis keluar oleh penjaga gol Sabah, Shahril Sa'ari.
Babak kedua bermula, Selangor terus mempamerkan aksi garang apabila mudah meraih gol kedua menerusi Mohd. Raimi Nor minit ke-51.
Menyedari ketinggalan dua jaringan, pasukan Sabah mula
mengatur strategi dengan memasukkan penyerang veteran, Zainizam Marjan
dan Khairul Izwan Khalid bagi mengukuhkan jentera serangan pasukan itu.
Bagaimanapun, kealpaan pemain pertahanan Sabah hampir menghadiahkan
jaringan ketiga buat Selangor tetapi percubaan menarik Muhd. Ramzul
Zahini yang telah pun menewaskan penjaga gol tuan rumah minit ke-79
dikeluarkan oleh Sumardi Hajalan.
Aksi layu yang dipamerkan oleh pemain Sabah menyebabkan mereka terus
dihukum dengan jaringan ketiga pelawat yang dilakukan Forkey Doe minit
ke-87.
Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, David McCreery nyata kecewa
dengan kekalahan anak buahnya sambil menyifatkan mereka tidak bermain
baik seperti mana ketika menentang Felda United dalam pusingan pertama
Piala FA sebelum ini.
"Semua ini disebabkan sikap pemain. Mereka banyak kehilangan bola
dengan mudah dan keadaan ini dimanfaatkan Selangor," katanya ketika
ditemui selepas perlawanan itu.
Jika McCreey hampa, ketua jurulatih Selangor, Irfan Bakti pula
gembira dengan persembahan pemain-pemainnya yang bermain baik khusus
pada separuh masa kedua.
"Bukan saya minta pemain bermain santai tapi berjaga-jaga kerana
keadaan cuaca (hujan) takut mengganggu kesihatan. Syukur mereka dapat
bermain baik di separuh masa kedua. Babak pertama perlawanan agak
seimbang.
"Apa pun, saya berpuas hati terutama pemain import (Francis) yang
akhirnya menjaringkan gol selepas gagal berbuat demikian dalam empat
perlawanan sebelum ini. Kami berharap akan beraksi lebih baik apabila
bertemu Johor DT atau pun Kedah," ujarnya.
Hello Everybody,
ReplyDeleteMy name is Ahmad Asnul Brunei, I contacted Mr Osman Loan Firm for a business loan amount of $250,000, Then i was told about the step of approving my requested loan amount, after taking the risk again because i was so much desperate of setting up a business to my greatest surprise, the loan amount was credited to my bank account within 24 banking hours without any stress of getting my loan. I was surprise because i was first fall a victim of scam! If you are interested of securing any loan amount & you are located in any country, I'll advise you can contact Mr Osman Loan Firm via email osmanloanserves@gmail.com
LOAN APPLICATION INFORMATION FORM
First name......
Middle name.....
2) Gender:.........
3) Loan Amount Needed:.........
4) Loan Duration:.........
5) Country:.........
6) Home Address:.........
7) Mobile Number:.........
8) Email address..........
9) Monthly Income:.....................
10) Occupation:...........................
11)Which site did you here about us.....................
Thanks and Best Regards.
Derek Email osmanloanserves@gmail.com