Sumber: Metro Online
Kuantan: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh memuji persembahan anak
buahnya biarpun mencatat keputusan seri 2-2 dengan Kelantan di Stadium
Darul Makmur, malam kelmarin.
Pada masa sama, skuad kendalian bekas pemain kebangsaan itu
beraksi 10 pemain selepas pemain tengah, Mohd Hafiz Kamal diperintah
keluar padang apabila mengasari pemain pertahanan Kelantan, Mohd Zamri
Ramli pada minit ke-61.
Bagi Dollah, beliau berpuas hati dengan semangat dan kesungguhan pemainnya yang berusaha keras mendapatkan gol apabila ketinggalan dua kali pada setiap babak.
“Saya puji kerana pemain tidak putus asa untuk merobek gawang
Kelantan biarpun kami seharusnya meraih tiga mata jika beberapa peluang
tidak dipersia-siakan terutama pada babak pertama.
“Namun, beraksi dengan 10 pemain bagi baki 30 minit perlawanan serta menguasai permainan adalah satu pencapaian terbaik. Ia juga membuktikan kami layak meraih sekurang-kurangnya satu mata selepas dua kali ketinggalan,” katanya.
Dollah berkata, kegagalan memanfaatkan peluang pada babak pertama menyebabkan pasukannya sekadar membawa pulang satu mata.
No comments:
Post a Comment