Sumber: Sinar Harian
"SAYA tidak menyesal. Ini keputusan terbaik," demikian kata bintang
Harimau Malaya, Nazmi Faiz Mansor ketika ditemui pada majlis
memperkenalkan beliau sebagai pemain PKNS di Kelana Jaya, hari ini.
Nazmi berkata demikian ketika ditanya adakah keputusan beliau untuk pulang ke Malaysia setelah mencipta nama di benua Eropah bersama kelab Beira Mar akan merugikan diri sendiri.
Nazmi turut menegaskan bahawa keputusan beliau untuk beraksi di PKNS adalah satu keputusan yang tepat dan bagus demi masa depannya.

"Sekarang saya sudah bebas daripada Beira Mar, dakwaan yang mengatakan saya diberi enam bulan untuk beraksi bersama Malaysia adalah tidak benar.
"Saya kini sah menjadi milik PKNS dan telah menandatangani kontrak selama 3 tahun.
"Jadi, saya akan buat terbaik dan akan membantu PKNS sekurang-kurangnya memperoleh satu trofi musim ini," katanya.
Dalam laporan media tempatan semalam, Nazmi sebelum ini mencatat
sejarah menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama yang pernah bermain
di Liga Utama Portugal mengejutkan ramai pihak apabila membuat keputusan
untuk pulang ke Malaysia.
Desas desus yang melaporkan Nazmi bakal mewarnai Liga Malaysia akhirnya terjawab apabila hari ini beliau disahkan telah menjadi milik pasukan berstatus kelab, PKNS.
Mengulas mengenai tindakannya itu, Nazmi berkata, setiap keputusan yang dibuat adalah pilihan sendiri, tidak melibatkan pihak lain.
"Sebenarnya keputusan ini dibuat tanpa dijangka, dan saya ingin tegaskan keputusan untuk bermain di PKNS adalah pilihan saya sendiri.
"Meskipun, saya ada berbincang dengan keluarga dan juga ejen saya tapi mereka menyerahkan keputusan di tangan saya.
"Dan faktor saya memilih PKNS kerana bagi saya kelab ini bagus," jelasnya yang menegaskan tiada faktor lain isu kepulangan beliau ke Malaysia.
Dalam pada itu, ketika ditanya perasaan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang kecewa dengan tindakannya, Nazmi enggan mengulas lanjut.
Sebaliknya beliau tetap menganggap keputusan untuk pulang ke Malaysia adalah keputusan yang terbaik.
"Peluang saya tak tertutup lagi. Saya masih muda dan banyak lagi ada masa.
"Dan saya harap pada masa akan datang, sekiranya masih ada rezeki, saya akan beraksi di luar negara lagi," ujarnya yang berminat untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya sekiranya diberi peluang.

No comments:
Post a Comment