Sumber: Metro online
Kuala Lumpur: Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B
Sathianathan mengingatkan pemain supaya waspada meskipun berdepan,
Negeri Sembilan pada aksi Liga Super esok.
Nasib ATM dengan Negeri Sembilan pada awal musim ini ibarat langit
dengan bumi apabila pasukan yang baru dinaik taraf ke saingan elit itu
kini menduduki tangga kedua liga manakala Negeri Sembilan di bawah
kendalian jurulatih baru dari Portugal, Divaldo Alves terperosok di
tangga kedua tercorot daripada 12 pasukan.
Selepas lima
perlawanan, ATM selaku juara Liga Perdana musim lalu kini mengumpul 10
mata, dua mata di belakang pendahulu, Pahang yang bakal berdepan
perlawanan sukar di padang rumput tiruan, Stadium Jalan Besar menentang
LionsXII esok.
Biarpun atas kertas, skuad kendalian Sathianathan tampak tidak
berdepan masalah mengutip tiga mata penuh berbanding Pahang, bekas
pengendali kebangsaan itu tidak mahu terlalu ghairah membicarakan
peluang memintas peneraju liga itu.
“Saya jangka pertemuan dengan Negeri Sembilan pasti sengit. Walaupun mereka tidak berada dalam kedudukan baik liga, mereka masih lagi pasukan bahaya.
“Pada perlawanan sebelum ini, saya lihat Negeri Sembilan hanya kurang bernasib baik kerana gagal menjaringkan gol dan saya mahu semua pemain berhati-hati,” katanya.
Menurut Sathianathan, tempoh rehat liga lebih dua minggu memberi
ruang untuk beberapa pemain pulih daripada kecederaan beliau masih
bimbang tahap kecergasan penyerang import, Marlon Alex James yang belum
pasti dapat beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
“Hai-O (Hairuddin Omar) dan Amirizwan Taj kini sudah pulih 100 peratus. Marlon masih sakit belakang tapi saya harap dia dapat diturunkan.”
No comments:
Post a Comment