Sumber: Harian Metro
Kuantan: Selaku juara Piala Malaysia, Pahang tidak terlepas berdepan
kemelut pemain musim depan selepas kontrak mereka akan tamat hujung
bulan ini.
Walaupun jurulatih Dollah Salleh menegaskan 90 peratus pemain musim
ini akan kekal bersama Tok Gajah namun pengesahan itu masih belum
diputuskan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).
Terdapat beberapa pemain dilihat cuba bermain tarik tali dengan PBNP apabila mendakwa mereka menerima banyak tawaran lebih menarik yang tidak mungkin ditolak.