Showing posts with label Mohd Fadhli Shas. Show all posts
Showing posts with label Mohd Fadhli Shas. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Tagih 12 pemain luar: Kim Swee

SUmber: Harian Metro
Kelana Jaya: Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee menagih khidmat sekurang-kurangnya 12 pemain luar untuk bergabung dengan pemain Harimau Muda A bagi melakukan persiapan rapi menghadapi Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September ini.

Thursday, August 22, 2013

Harimau Selatan buat persiapan awal

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) bersama Cesar Ferrando Jimenez (dua kiri) dan Braulio Nobrega Rodriguez (dua kanan) di Stadium Larkin, Johor Bahru, semalam. Turut kelihatan Andres Tevar (kanan) 


Sumber: Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU - Biarpun saingan Liga Malaysia musim ini belum menutup tirainya, namun Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah membayangkan skuad Harimau Selatan akan memberikan impak dalam arena bola sepak negara musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu turut memberi bayangan mereka sudah merangka sesuatu yang tidak pernah dilakukan mana-mana pasukan dalam persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia musim akan datang.

Friday, July 26, 2013

‘Tiada hitam putih’

Foto

Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: “Saya tidak mahu ulas lanjut kerana tiada hitam putih.”

Jurulatih Johor Darul Takzim (DT), Fandi Ahmad membuat kenyataan itu berhubung laporan pelantikan bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia, Cesar Ferrando Jiminez selaku pengurus dan ketua jurulatih baru skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Monday, July 22, 2013

Harimau lembam

Foto

Foto


Sumber: Harian Metro

Shah Alam: Jaringan minit akhir perlawanan oleh pertahanan negara Mohd Fadhli Shas menghidupkan suasana persahabatan Harimau Malaya menentang Chelsea malam tadi sekali gus menyaksikan perlawanan berakhir dengan kekalahan 1-4 kepada skuad negara.

Walau bagaimanapun terdapat kelemahan yang perlu dipertingkatkan jurulatih Datuk K Rajagobal seandainya mahu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

Monday, February 11, 2013

Pemain bola kebangsaan Fadhli selamat bertunang

Sumber: Sinar Harian Online

Pemain bola kebangsaan Fadhli selamat bertunang
Fadhli dan pasangannya bergambar bersama Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim dan isterinya. - Foto ihsan Kelate.Net

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Mohd Fadhli Mohd Shas selamat bertunang dengan seorang gadis dari Kelantan, hari ini.

Fadhli mengikat tali pertunangan dengan Effa Liyana Affandi yang juga anak kepada Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datok Affandi Hamzah.

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) telah berkongsi gambar majlis pertunangan itu di laman sosial Facebook.

"Tahniah kepada pemain bola sepak negara, Mohd Fadli Mohd Shas yang selamat bertunang dengan pasangannya, Effa Liyana Affandi di Pengkalan Chepa sebentar tadi," tulis Facebook Kelate.Net online itu.

Saturday, December 15, 2012

Fadhli Shas mahu lupa detik hitam

Harian Metro


SELEPAS menjadi mangsa keputusan berat sebelah pengadil, pemain pertahanan skuad negara, Mohd Fadhli Shas mahu melupakan segera detik hitam itu dengan terus memberikan fokus penuh kepada dua saingan utama selepas ini.

Entah di mana sebenarnya kesalahan pertahanan berusia 21 tahun itu, pengadil perlawanan, Lee Min Hu dari Korea Selatan terus melayangkan kad kuning kedua kepada Fadhli pada minit ke-42 meskipun pemain itu mendakwa disiku terlebih dulu oleh pemain Thailand, Datsakorn Thonglao.

Friday, December 14, 2012

Fadhli tak puas hati

Harian Metro


PEMAIN pertahanan negara, Mohd Fadhli Shas seakan-akan tidak percaya dengan tindakan pengadil perlawanan, Lee Min Hu yang melayangkan kad merah kepadanya selepas mendakwa disiku terlebih dulu pemain Thailand, Datsakorn Thonglao.

Angkara kad kuning kedua yang diperoleh pemain berusia 21 tahun itu pada minit ke-42, aksi Harimau Malaya tampak terjejas hingga tewas 0-2 kepada Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Supachalasai malam tadi.

Pengadil tak adil!

Harian Metro

KEKANG...Norshahrul (kiri)  dikawal setiap penjuru padang.


“BAGI saya keputusan pengadil itu tidak betul,” kata ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tidak puas hati dengan keputusan pengadil, Lee Min Hu melayangkan kad merah kepada Mohd Fadhli Shas pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF malam tadi.

Keputusan kontroversi pengadil dari Korea Selatan itu memberi kesan kepada strategi Rajagobal yang menyaksikan Harimau Malaya terpaksa beraksi 10 pemain lebih 45 minit sebelum tewas 0-2.

Tuesday, December 11, 2012

Mahalli, Fadhli kecewa Thailand berjaya curi satu gol di Bukit Jalil



KUALA LUMPUR - Watak penting yang membawa kepada gol tunggal Harimau Malaya dalam perlawanan separuh akhir pertama kelmarin, Mahalli Jasuli mengakui kecewa kerana gagal mempertahankan kelebihan satu gol untuk dijadikan bekalan ke Bangkok, Khamis ini.

Merasakan kemenangan tipis 1-0 sudah mencukupi tanpa memberikan sebarang gol di tempat lawan kepada Thailand, bek kanan negara itu mengakui mereka berdepan tugasan sukar untuk meraih tempat ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2012.

Saturday, May 12, 2012

Bayangan kapten baru


Harian Metro

KEMAMPUAN mengubah sikap rakan sepasukan dalam perlawanan adalah antara kemampuan yang diterapkan kepada kapten baru skuad negara yang bakal bersaing dalam kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Myanmar, penghujung bulan depan.

Harapan itu digambarkan pengendalinya, Ong Kim Swee yang sebelum ini mempunyai kapten berpengaruh dan karektor kuat dalam skuadnya seperti Baddrol Bakhtiar (Sukan Sea 2011), Khairul Fahmi Che Mat (kelayakan Sukan Olimpik 2012) dan Mahali Jasuli yang mengetuai Harimau Muda A dalam saingan Liga Singapura musim ini.

Friday, May 11, 2012

Kim Swee gugur empat pemain


Sumber: ESPNSTAR.my
Ong Kim Swee menggugurkan empat pemain Harimau Muda bagi perlawanan persahabatan dengan Hungary dan Slovakia minggu depan.
Fadhli Shas, Syazwan Yusoff, Faizol Nazlin Sayuti, Shahran Md Zin dan Norsyahrul Azwari tidak akan ikut serta dalam perlawanan persahabatan dengan Hungary dan Slovakia minggu depan.
Pasukan Harimau Muda akan berangkat ke Hungary pada 17 Mei ini hingga 7 Jun bagi menghadapai tiga kelab Hungary dan sebuah kelab Slovakia. Tiga lagi pemain akan digugurkan akan diumum Selasa ini.

Wednesday, January 18, 2012

Khairul, Fadhli jalani latihan di Eropah


Harian Metro

DUA pemain utama skuad juara Sukan Sea Indonesia 2011, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Fadhli Shas antara pemain yang berada dalam perancangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dihantar menjalani latihan dan ujian percubaan di Eropah.

Tuesday, January 3, 2012

Apek, Fadhli dalam skuad impian Asia



Khairul Fahmi Che Mat
KUALA LUMPUR - Khairul Fahmi Che Mat dan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Mohd. Fadhli Shas mendapat penghormatan terbesar apabila tersenarai antara dua pemain dalam skuad impian Bawah 23 Tahun Asia bagi tahun 2011 oleh laman web sukan terkenal, Goal.com.

Bertambah membanggakan, nama mereka sebaris dengan beberapa bakat baru meningkat naik di benua Asia seperti penyerang Korea Selatan, Ji Dong-Won yang menjadi pemusnah Manchester City melalui jaringan tunggal 1-0 ke atas pendahulu Liga Perdana England itu dan bintang tengah Glasgow Celtic, Ki Sung-yeung.

Khairul Fahmi atau Apek diangkat antara penjaga gol terbaik Asia Bawah 23 ekoran prestasi cemerlangnya membantu Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA XXVI Indonesia, November lalu.

Selain ketangkasannya diakui juga sepanjang pentas kelayakan Sukan Olimpik, dia juga menjadi kunci kepada kejayaan Kelantan menjuarai Liga Super pada musim lalu.

Sementara itu, Mohd. Fadhli Shas menjadi pilihan utama di barisan pertahanan tengah dan digandingkan dengan pemain Australia, Rhys Williams yang kini bermain di England bersama Middlesbrough dalam Liga Kejuaraan.

Fadhli juga mempamerkan prestasi konsisten dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 dan menjadi antara watak penting kepada kestabilan bahagian pertahanan semasa bergandingan bersama Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Zubir Azmi dan Mahalli Jasuli.

Hanya Andik Vermansyah dari Indonesia yang bermain di sayap kiri, pemain dari benua Asia Tenggara berada dalam senarai skuad impian berkenaan.

Melengkapkan senarai skuad impian itu ialah Hiroki Sakai dari Jepun di bek kanan dan pemain Iran, Ehsan Hajsafi mengisi posisi bek kiri.

Seorang lagi pemain Jepun, Hiroshi Kiyotake dipilih antara pemain sayap kanan terbaik manakala tonggak utama Anzhi Makhachkala, Odil Ahmedov dari Uzbekistan bergandingan dengan Sung-yeung mengemudi bahagian tengah.

Penyerang, Jeje Lalpekhlua dari India melengkapkan senarai 11 pemain dan bergandingan dengan Dong-won di bahagian serangan,

Sebelum ini, pada dua hari lalu, penyerang Harimau Malaya, Safee Sali tersenarai dalam senarai pemain simpanan skuad terbaik Asia oleh Goal.com.

Sunday, December 11, 2011

Fadhli serasi bersama Amer



KUALA LUMPUR- Kehilangan rakan gandingan di bahagian pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad yang membuat keputusan berhijrah ke skuad Liga Super Terengganu pada musim depan tidak menggusarkan Mohd. Fadhli Mohd. Shas.

Bakal membawa cabaran Harimau Muda dalam saingan Liga Singapura, Fadhli berkata, dia menghormati keputusan rakan sepasukannya tersebut yang mahu mencurahkan bakti kepada negeri kelahirannya namun yakin dengan kemampuan seorang lagi pemain pertahanan, Mohd. Amer Saidin.

Malah, Fadhli mendedahkan Amer bukanlah seorang yang asing buat dirinya kerana telah lama bersama dan mempunyai persefahaman yang baik ketika di Harimau Muda B.

''Biarpun Muslim tiada lagi pada musim akan datang semasa kami beraksi di Liga Singapura, saya tidak kisah kerana kami masih ada ramai pemain yang berkebolehan bermain di tempatnya.

''Antaranya Amer Saidin, saya dan dia telah bersama lebih lama iaitu selama dua tahun dalam Harimau Muda B, dia adalah seorang pemain yang bagus.

''Saya juga serasi dengan Amer sebagaimana saya dengan Muslim kerana tahu kekuatan dan kelemahan permainannya, jadi ketiadaan Muslim bukan satu persoalan besar," katanya pada sesi latihan dan pemilihan pemain Bawah 22 tahun negara yang akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan di Sydney, Australia.

Muslim dan Fadhli merupakan dua pertahanan muda negara yang sering digandingkan bersama sama ada di pentas pasukan senior atau Bawah 23 tahun negara.

Tidak terkecuali di saingan Liga Malaysia ketika bersama Harimau Muda A, kedua-dua pemain ini dianggap antara pertahanan terbaik negara dalam masa dekad ini.

Menyentuh perancangannya selepas ini, dia berkata masih belum merancang mahu beraksi dengan mana-mana pasukan lain kerana mahu menimba seberapa banyak pengalaman berharga bersama Harimau Muda.

''Bersama Harimau Muda, saya banyak mendapat pengalaman berharga di samping cara permainan saya semakin baik walaupun baru berusia 20 tahun.

''Masih banyak lagi yang saya perlu belajar, satu lagi, jika tidak kerana Harimau Muda mungkin saya tidak berada di tahap seperti hari ini," katanya.

Tuesday, October 4, 2011

Fadhli, Irfan cipta sejarah

pix_gal0


DUA pemain muda negara, Irfan Fazail dan Fadhli Shas mencipta sejarah tersendiri apabila muncul warga Malaysia pertama turun beraksi secara rasmi dalam dua saingan bola sepak di Slovakia, Liga Corgon dan Piala Slovnaft. 

Kedua-dua pemain tersebut yang berusia 20 tahun bersama seorang lagi pemain muda negara, Wan Zack Haikal Wan Nor diambil kelab ViOn Zlate Moravce sebagai pemain pinjaman selama dua bulan bermula 26 Ogos lalu.

Irfan dimasukkan pada minit ke-86 ketika ViOn menewaskan AS Trencin 3-0 pada aksi Liga Corgon, Sabtu lalu manakala Fadhli terdahulu dimasukkan pada minit ke-82 ketika ViOn menundukkan Spartak Myjava 3-0 pada pusingan ketiga Piala Slovnaft, Selasa lalu.
“Terima kasih kepada jurulatih (Juraj Jarabek) kerana beri peluang untuk saya beraksi buat kali pertama pada aksi Liga Corgon ini. Saya rasa cukup gembira. 

“Tahap bola sepak di sini (Slovakia) sememangnya berintensiti tinggi. Jadi sesuatu yang baik untuk saya berada di sini dan beraksi bersama ViOn,” kata Irfan yang beraksi di posisi tengah. 

Sementara itu, Fadhli yang diturunkan dalam saingan Piala Slovnaft tidak dimasukkan pada aksi Sabtu lalu, lantas berharap dia juga diberi peluang membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Corgon selepas ini. 

“Saya sangat seronok kerana diberi peluang masuk sebagai pemain gantian. Tapi tak banyak boleh saya lakukan kerana beraksi kurang 10 minit. 


“Jadi saya harap jurulatih akan beri peluang untuk saya beraksi dalam kesebelasan utama selepas ini dan saya juga cukup bangga dapat beraksi untuk kelab ini,” ujar Fadhli, pemain pertahanan tengah. 

Wan Zack Haikal yang beraksi di posisi sayap masih belum berpeluang beraksi kerana sedang dalam proses pemulihan selepas cedera buku lali ketika aksi Kelayakan Olimpik menentang Jepun di Tosu, 21 September lalu. 

Thursday, September 22, 2011

Perak idam taji Safiq, Hadi, Fadhli


PERAK berminat mendapatkan khidmat kapten pasukan kebangsaan Safiq Rahim serta dua rakannya iaitu Abd Hadi Yahya dan Mohamad Fadhli Mohd Shahs bagi memantapkan pasukan Seladang untuk menghadapi kempen Liga M tahun depan.

Keinginan mengambil pemain Selangor, Terengganu dan Harimau Muda A itu disuarakan pengurus merangkap Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Khairul Azwan Harun di Ipoh, semalam.

“Pafa ingin menawarkan kontrak kepada tiga pemain terbabit untuk mewakili kami pada musim depan. Kami mengambil langkah awal ini kerana sedar ia boleh diambil dengan mematuhi syarat yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


“Kami akan melakukannya secara profesional termasuk menghubungi serta menghantar surat kepada pihak terbabit dalam masa terdekat ini untuk menyatakan tujuan Pafa itu,” katanya.

Katanya, tindakan Pafa itu tidak melanggar syarat dan peraturan kerana mengikut lunas dibenarkan FAM terutama tempoh dibenarkan untuk mengadakan rundingan.

“Pemain yang akan tamat kontrak boleh mengadakan rundingan dengan pasukan lain tiga bulan sebelum tamat ikatan tanpa perlu memaklumkan kepada majikannya.



“Bagaimanapun Pafa akan melakukannya dengan penuh semangat kesukanan dengan memaklumkan kepada majikan pemain terbabit,” katanya.

Katanya, kesungguhan Perak untuk mendapatkan khidmat trio itu menyaksikan Pafa bersedia untuk ‘membeli’ kontrak pemain jika masih mempunyai ikatan dengan majikan lamannya .


“Kita serius dalam perkara ini dan sehubungan itu akan mengorak langkah awal kali ini dalam usaha menubuhkan pasukan mantap untuk musim baru akan datang,” katanya.

Friday, August 26, 2011

Tiga pemain skuad Olimpik pikat Vion FC

GAMBAR kiri,  FADHLI (kiri) beraksi mantap mengekang pemain Arsenal, Marouane Chamakh pada perlawanan persahabatan, bulan lalu. Gambar kanan, WAN Zack    (kanan) berentap dengan pemain Lubnan,  Mohamad Haidar  pada perlawanan kelayakan Olimpik, Jun lalu. Gambar kecil, Irfan Fazail.
GAMBAR kiri, FADHLI (kiri) beraksi mantap mengekang pemain Arsenal, Marouane Chamakh pada perlawanan persahabatan, bulan lalu. Gambar kanan, WAN Zack (kanan) berentap dengan pemain Lubnan, Mohamad Haidar pada perlawanan kelayakan Olimpik, Jun lalu. Gambar kecil, Irfan Fazail.

Fadhli, Wan Zack, Irfan bakal sertai kelab Liga Divisyen Satu Slovakia untuk tiga bulan 

HANYA selepas sebulan berlatih di Slovakia dan mengharungi tujuh perlawanan persahabatan di sana, tiga pemain skuad Olimpik negara berjaya memikat hati kelab Liga Divisyen Satu negara itu - Vion FC - untuk menjadi medan latihan lanjutan sehingga November ini.

Khidmat pemain pertahanan, Fadhli Shas, dan dua pemain tengah, Wan Zack Haikal Wan Nor serta Irfan Fazail bakal dipinjamkan kepada kelab berkenaan untuk tempoh tiga bulan selepas masing-masing mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu skuad negara merakam lima kemenangan daripada tujuh perlawanan di sana.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan, semalam menganggap ini adalah peluang terbaik buat tiga pemain berkenaan dan juga skuad Olimpik kebangsaan dalam persiapan menghadapi saingan kelayakan peringkat kumpulan Olimpik 2012 yang bermula 21 September ini. 

“Ketiga-tiga pemain berpendapat ini adalah kesempatan terbaik buat mereka menimba pengalaman dan seterusnya memperbaiki permainan masing-masing,” kata badan induk bola sepak negara itu. “Mereka akan bersama-sama Vion FC berkuat kuasa serta merta sehingga tamat musim pada 31 Oktober ini. 

“Walaupun akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri di perantauan, Persatuan berharap mereka akan terus cemerlang bersama Vion FC.” Sepanjang sesi latihan di sana, Wan Zack menjadi penyumbang terbanyak gol skuad Olimpik kebangsaan manakala Irfan membuktikan kelincahannya sebagai perancang utama pasukan kendalian Ong Kim Swee. 

Sementara itu, baki 27 pemain akan pulang ke ibu negara esok tetapi akan terus menyambung sesi latihan pada 1 September. Seramai 22 pemain dipanggil melaporkan diri di Wisma FAM sebelum berangkat ke Jepun pada 15 September.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...