Showing posts with label Zubir Azmi. Show all posts
Showing posts with label Zubir Azmi. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Tagih 12 pemain luar: Kim Swee

SUmber: Harian Metro
Kelana Jaya: Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee menagih khidmat sekurang-kurangnya 12 pemain luar untuk bergabung dengan pemain Harimau Muda A bagi melakukan persiapan rapi menghadapi Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September ini.

Tuesday, December 31, 2013

Zubir tekad bantu Penyu musim depan

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Terengganu: Biarpun masih merasai keperitan akibat gagal mempertahankan ‘ibu segala pingat’ di Sukan SEA Myanmar baru-baru ini, pertahanan kiri Terengganu, Zubir Azmi bertekad melupakan terus kepedihan itu dengan memberi perhatian terhadap kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pertahanan berusia 22 tahun itu berkata, dia kini diberikan cuti rehat dan akan bersama-sama pasukan yang kini berada di Indonesia mengharungi siri perlawanan persahabatan pramusim.

Tuesday, September 24, 2013

Penyu rombak besar-besaran

Sumber: Harian Metro

Kuala Terengganu: Kecewa selepas gagal mendakap sebarang piala musim ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bakal melakukan rombakan besar-besaran membabitkan pemain dan jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Selain itu, perubahan itu juga disebabkan pasukan yang digelar Penyu itu terperosok di tangga kesembilan liga daripada 12 pasukan berbanding kedudukan kelima musim lalu.

Monday, December 24, 2012

90 minit milik Nazmi

Harian Metro


‘PENYAKIT misteri’ yang dialami Muhamad Nazmi Faiz Mansor kini sudah tidak lagi membelenggu pemain muda berbakat negara itu apabila dia kini dilaporkan mampu beraksi sepanjang permainan.

Pemain berusia 18 tahun itu sebelum ini mencetuskan rasa ‘bingung’ jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee apabila dia hanya boleh bertahan sekurang-kurangnya 60 minit permainan sebelum terpaksa dikeluarkan akibat kekejangan otot.

Tuesday, December 4, 2012

Kim Swee: Sembilan pemain kelab, negeri setuju sertai Harimau Muda A


KUALA LUMPUR - Sembilan pemain daripada pasukan kelab dan negeri telah menyatakan persetujuan menyertai pasukan Harimau Muda A (skuad bawah 23 tahun negara) pada musim depan, kata ketua jurulatih skuad berkenaan, Ong Kim Swee.
   
Pemain terbabit ialah Mohd Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Muhammad Nurridzuan Abu Hassan, D. Kenny Pallraj (Perak); Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan) dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (PKNS FC).
   
Mohamad Firdaus Muhamad (Harimau Muda B), Saiful Ridzuwan Selamat (UiTM FC) dan Adam Nor Azlan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil.
   

Saturday, November 10, 2012

Kim Swee mohon ihsan


Harian Metro

BEBERAPA pasukan Liga Malaysia diharap melepaskan sembilan pemain yang menjadi impian pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee untuk bersama skuadnya menggalas cabaran mencatatkan hatrik Sukan Sea yang berlangsung di Myanmar penghujung tahun depan.

Antara pemain yang mendapat perhatian untuk ditawarkan kontrak bersama Harimau Muda A adalah pemain sensasi Sabah, Rozaimi Abd Rahman, Mohd Zubir Azmi (Terengganu), Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan) dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dari PKNS FC.

“Saya harap sembilan pemain ini diberikan kebenaran bersama skuad ini bagi melakukan persiapan menghadapi Sukan Sea 2013 di Myanmar. “Saya memberi ruang kepada pemain terbabit berbincang bersama pasukan masing-masing hingga Rabu ini untuk memberikan kata putus.

Saturday, April 21, 2012

Terengganu awasi Ronaldinho



MAT ZAN (kiri) mengingatkan pemain-pemainnya agar tidak memandang mudah kemampuan Sime Darby pada perlawanan malam ini.

PERJUANGAN Terengganu untuk memburu tiket ke perlawanan akhir Piala FA buat tahun kedua berturut-turut bermula malam ini apabila juara bertahan itu diundi menentang pasukan kerdil, Sime Darby pada aksi separuh akhir pertama.
Ibarat langit dan bumi, pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu ini pasti memberi kelebihan buat skuad bertaraf bintang kendalian Mat Zan Mat Aris itu.

Thursday, January 19, 2012

Shakir pikat Kim Swee


Harian Metro

SELEPAS hampir setahun disisihkan, penyerang Ahmad Shakir Ali kembali mendapat perhatian jurulatih Ong Kim Swee apabila pemain skuad Liga Super Negeri Sembilan itu disenaraikan dalam pasukan Olimpik negara bagi menghadapi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 menentang Bahrain 5 Februari ini.

Monday, December 12, 2011

'Saha' penyerang penyu paling bernilai



KUALA TERENGGANU - Mohd. Ashaari Samsudin atau lebih dikenali dengan panggilan 'Saha' menggondol tiga daripada tujuh anugerah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kelmarin.

Penyerang tengah itu diiktiraf sebagai pemain skuad Penyu paling bernilai dengan kemahiran dan ketangkasan beraksi sepanjang Liga Malaysia musim lalu menerusi Anugerah Terbilang.

Selain itu, dia juga menerima Anugerah Setia Tempatan yang diberikan kepada anak negeri yang kekal bersama skuad penyu sejak tahun 2004.

Anugerah yang sama turut dikongsi dua lagi anak tempatan, iaitu penjaga gol, Mohd. Sharbinee Allawee dan penyerang berbisa, Abdul Manaf Mamat yang mula beraksi pada 2005.

Ashaari turut berkongsi Anugerah Perkasa, iaitu anugerah yang diberikan kepada pemain yang beraksi paling lama di atas padang bersama empat lagi pemain iaitu Sharbinee, Reeshafiq Alwi, Abdul Hadi Yahya dan kapten, Mazuki Yusof.

Mazuki juga menggondol Anugerah Juragan iaitu pemain yang mempunyai sifat kepimpinan dalam pasukan, manakala Abdul Manaf diiktiraf sebagai penerima Anugerah Nelang selepas beraksi cemerlang ketika menentang Kelantan di suku akhir Piala Malaysia biarpun baru kematian bapanya.

Turut menerima anugerah pemain skuad Sukan SEA, Zubir Azmi (Anugerah Pemain Harapan) dan empat pemain luar iaitu Mazlizam Mohamad, Joseph Kalang Tie, Abdul Hadi dan Reeshafiq menerusi Anugerah Setia Luar.

Pada majlis yang sama, PBSNT turut mengagihkan insentif kepada 23 pemain yang membawa Terengganu muncul naib juara Piala Malaysia yang lalu.

Menurut Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh wang itu diberikan mengikut masa dan kekerapan seseorang pemain itu beraksi.

Saturday, September 24, 2011

Irfan lega kehadiran Zubir dalam skuad


JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti menerima khabar gembira menjelang aksi menentang PKNS Selangor malam ini.
Beliau lega kerana kembali mendapat sentuhan pertahanan berbakat, Zubir Azmi yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan skuad Penyu itu menjulang Piala FA dua bulan lalu.
Pemain tersebut akan disenaraikan dalam skuad utama pada pertemuan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu.
Justeru katanya, kehadiran pemain itu diharap dapat memberi kekuatan seimbang terutamanya di posisi pertahanan kiri dalam misi Terengganu memburu tiga mata berharga, sekali gus mara ke pusingan suku akhir.
"Kami perlu menang perlawanan esok (malam ini) kerana hanya dengan mengutip tiga mata dapat menjamin tempat kami ke suku akhir.
"Sesuatu yang menggembirakan apabila kami kembali mendapat khidmat Zubir selepas dia tidak beraksi dalam empat perlawanan awal disebabkan komitmen kepada skuad Olimpik," kata Irfan kepadaKosmo! semalam.
Zubir yang beraksi di pertaha- nan kiri merupakan anggota sku- ad Olimpik yang menjalani lati- han di Slovakia di bawah kenda- lian Ong Kim Swee.
Dia yang kini berusia 20 tahun baru menyarung jersi skuad Olimpik yang tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012, Rabu lalu.
"Saya mungkin menurunkan Zubir dalam skuad utama bagi menggantikan tempat Ronny (Harun) dan saya berharap dia akan menggunakan segala pengalaman yang dia ada untuk membantu pasukan mencatat kemenangan," tambahnya.
Ketika ini, Terengganu sekadar menduduki tangga kedua Kumpulan B selepas berkongsi sembilan mata dengan Negeri Sembilan. PKNS pula yang beraksi selaku juara Liga Perdana mengekori di tempat ketiga dengan enam mata.
Jelas Irfan lagi, beliau juga bakal menurunkan penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya dalam kesebelasan utama pada perlawanan malam ini sele- pas pemain itu hanya dimasukkan sebagai pemain simpanan minggu lalu.
"Semua pemain kini berada pada prestasi terbaik dan saya jangkakan perlawanan malam esok (malam ini) pasti sukar memandangkan pasukan lawan juga begitu perlukan kemenangan.
"Saya harap pemain tidak hilang fokus dan mengikut rentak permainan seperti yang dirancang," ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...