Sumber: Utusan
KUALA LUMPUR 14 Mei - Penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz muncul wira Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila jaringannya pada minit ke-35 membantu Harimau Selatan meraih trofi pertamanya tahun ini apabila mengalahkan PKNS FC 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini.
Kejayaan itu juga membolehkan Piala FA kembali dibawa ke bumi Johor selepas kali terakhir dijulang menerusi pasukan Johor FA pada 1998.
Ini adalah kali pertama pasukan berstatus kelab menjuarai Piala FA sejak kejohanan itu diperkenalkan 26 tahun lalu.
Kejayaan JDT itu juga mengubat kekecewaan mereka setelah tewas kepada Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir edisi 2013.