Wednesday, May 21, 2014

Johor DT bangkit benam LionsXII

Sumber: Harian Metro
Singapura: Jorge Pereyra Diaz memastikan Johor Darul Takzim (Johor DT) kembali berada di landasan kemenangan selepas jaringannya pada minit ke-75 sudah cukup untuk menewaskan LionsXII 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
Pada perlawanan yang menjadi misi penting mencari kemenangan bukan sahaja kepada Johor DT malah LionsXII, jurulatih Bojan Hodak dan Fandi Ahmad jelas mengemaskan benteng pertahanan.

Gandingan S Subramaniam dan Fadhli Shas menjadi pertaruhan Hodak sambil Daudsu Jamaluddin beraksi di posisi bek kanan mengambil alih tugas Mahali Jasuli manakala Fandi yang ‘kehilangan’ Baihakki Khaizan selepas pemain itu tidak dibenarkan beraksi menentang kelab lamannya, Johor DT turut membuat rombakan.

Kelibat Madhu Mohana bergandingan bersama Afiq Yunos menjadi sandaran Fandi untuk menghalang rangkaian serangan Luciano Figueroa dan Safee Sali yang sering mengancam kubu LionsXII.

Kesilapan pertahanan Johor DT dihukum sepenuhnya Lions XII m-38 selepas Faris Ramli bijak memperdayakan pertahanan lawan dan pantas merembat bola kencang pada sudut sukar menewaskan penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan.


Ternyata anak didik Fandi tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila mencipta gol kedua tiga minit kemudian, dihasilkan menerusi sepakan percuma Zulfahmi Ariffin tepat ke penjuru kanan pintu gol.

Namun m-42 Johor DT bangkit merapatkan jurang gol selepas bola rembatan deras Diaz tepat menerjah jaring melepasi jangkauan Izwan yang jelas kecewa dengan pemain pertahanannya.

Pelawat mencipta gol penyamaan m-53 selepas bola tandukan Diaz yang cuba mengumpan kepada Figueroa dihalang Afiq menggunakan tangan dan pengadil, Nazmi Nasarudin tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Figuerao.

Diaz memastikan tiga mata milik Johor DT apabila mudah menjaringkan gol kemenangan m-75.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...