Sumber: Utusan Malaysia
SHAH ALAM - Juara Liga Europa, Sevilla bakal bertandang ke ibu negara bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pendahulu Liga Super, Selangor di Stadium Shah Alam pada 26 Mei ini.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad.
Katanya, satu penghormatan besar buat Red Giants dan berasa bertuah kerana dapat berdepan dengan kelab terkemuka Sepanyol itu.
Saya cukup berbangga untuk memberitahu Sevilla sudi hadir ke sini bagi mengadakan perlawanan di sini tambahan mereka baharu sahaja memenangi Liga Europa baru-baru ini," katanya dalam kenyataan akhbar.
Tiket bagi menyaksikan itu berharga RM20 dan boleh dibeli di perkarangan Stadium Shah Alam bermula Jumaat ini mulai pukul 3 petang.
No comments:
Post a Comment