Sumber: Harian Metro
Shah Alam: Kekurangan sentuhan penyudah di depan gol semakin membingungkan pengendali Wan Jamak Wan Hassan selepas menyaksikan anak buahnya tewas buat kali ketujuh di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.
PKNS kini berdepan bahaya tersingkir ke Liga Perdana dengan baki tujuh perlawanan apabila menghuni tiga pasukan terbawah Liga Super selepas sekadar mengumpul 14 mata dalam 15 perlawanan.
“Saya perlu mencari ‘pembunuh’ di depan gol.
Sudah banyak yang dilakukan termasuk mengubah formasi dan corak permainan, namun masih belum menjumpainya.
Ini akibatnya andai kami tidak mempunyai naluri pembunuh,” katanya selepas tewas 0-2 kepada Kelantan.
Tuah jelas tidak memihak kepada PKNS FC apabila Karlo Primorac gagal memanfaatkan sepakan penalti pada awal perlawanan, malah pertukaran posisi pemain pertahanan Hamka Hamzah yang beraksi di jentera serangan turut tidak membuahkan hasil.
“Saya perlu bangkitkan semula pemain.
Ternyata pemain import tidak banyak membantu atau kurang memanfaatkan peluang,” katanya.
Ia situasi malang buat PKNS FC selepas kehilangan perancang tengah, Mohd Nazmi Faiz Mansor yang kini bersama Selangor yang gah di puncak Liga Super.
No comments:
Post a Comment