Friday, March 9, 2012

Mahu Fifa minta maaf


Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah



TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap tindakan bekas Ketua Pegawai Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Chris Eaton mendakwa pegawai badan induk bola sepak negara terbabit mengatur perlawanan tidak beretika.


Justeru, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Fifa meminta maaf terhadap dakwaan tidak berasas dan tidak profesional yang dikeluarkan Eaton.




“Saya tidak pasti mungkin ada agenda tersembunyi tetapi kenyataan Eaton begitu mengejutkan kerana beliau melemparkan tuduhan tidak berasas dan melampau.




“Dalam isu ini, Fifa perlu melakukan sesuatu bagi memastikan nama baik FAM tidak terjejas dengan kelantangan Eaton,” katanya.

Baru-baru ini, Eaton mendakwa pegawai pentadbiran FAM turut terbabit dalam gejala mengatur keputusan perlawanan termasuk pertemuan LionsXII dengan Negeri Sembilan di Singapura yang menyaksikan tuan rumah menang 3-1.


Tersentak dengan dakwaan itu, FAM menerusi Jawatankuasa Integriti yang dipengerusikan Tan Sri Aseh Che Mat mengadakan perjumpaan tertutup dengan Eaton di Wisma FAM di Petaling Jaya, Isnin lalu.





Perjumpaan itu turut dihadiri Pengarah Bahagian Risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shamshun Baharin Mohd Jamil dan wakil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut mahu mendapatkan penjelasan dakwaan Eaton.

Eaton yang diiringi pegawai penyiasatan Fifa, Terry Steans dan Ketua Pegawai Keselamatan Fifa bagi rantau Asia, Michael Pride turut memaklumkan kepada FAM beliau meninggalkan badan induk bola sepak dunia itu untuk menyertai sebuah agensi di Qatar.




Namun, Tengku Abdullah tetap mahu badan induk kebangsaan itu menjalankan siasatan terhadap dakwaan Eaton kerana tidak mahu FAM dipandang serong semua pihak.

“Saya akui kenyataan Eaton itu boleh menjejaskan imej FAM sebagai badan induk bola sepak negara. Bagaimanapun, siasatan tetap dilakukan bagi memastikan kes ini tidak membabitkan pegawai FAM,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...