KELANTAN harus menghela nafas lega selepas ayam tambatan mereka, Khairul Fahmi Che Mat dibenarkan beraksi membantu The Red Warriors dalam pusingan kedua Piala FA, Sabtu ini.
Terdahulu, kapten skuad Olimpik negara itu tidak dibenarkan beraksi kerana terikat dengan kem latihan pusat bagi menghadapi perlawanan terakhir Kelayakan Olimpik bertemu Syria di Amman, Jordan, 14 Mac ini.
“Rayuan dibuat KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) dan PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu). Jadi JKPT (Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM) semalam (kelmarin) buat keputusan untuk memberi pelepasan kepada dua pemain ini.
“Zubir akan berlatih bersama kami sebelum dilepaskan pada Jumaat (esok) dan kembali lapor diri pada Ahad manakala Apek hanya akan menyertai kami Ahad ini,” kata penolong jurulatih skuad Olimpik, Hassan Sazali Waras.
Daripada 24 pelatih dipanggil termasuk dua muka baru - Ashri Chu Chu (Sarawak) dan Rozaimi Abd Rahman (Sabah), hanya 18 pemain akan dibawa ke Amman, Isnin ini dengan penilaian dibuat ketika aksi persahabatan menentang skuad Tentera di Wisma FAM, petang Sabtu ini.
No comments:
Post a Comment