Saturday, March 10, 2012

‘Jangan pandang rendah keupayaan Singa Utara’


Harian Metro

KETUA jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hasan memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya tidak memandang rendah keupayaan Perlis hanya kerana kedudukan mereka di Liga Perdana menjelang pertemuan pusingan kedua Piala FA di Stadium Darulaman, malam ini.





Menurutnya pertemuan antara Kedah dan Perlis selalunya sengit kerana kedua-dua pasukan saling mengenali corak permainan masing-masing “Pada masa ini saya puas hati semangat dan kesungguhan dipamer setiap pemain dan yakin mereka mampu menang untuk melangkah ke pusingan ketiga. Tapi seperti selalu, saya ingatkan mereka sifat terlalu yakin mungkin menjadi musuh utama kami.

“Apa yang menakutkan saya, pemain beraksi sambil lewa kerana yakin menang mudah. Kejayaan sebenarnya hanya boleh dicapai dengan usaha dan kesungguhan selama 90 minit perlawanan. “Perlis juga mampu membuatkan kami berputih mata di gelanggang sendiri. Hakikat ini perlu diambil kira setiap pemain Kedah,” kata Wan Jamak.




Menurutnya, semua pemain yang beraksi ketika Kedah menewaskan Selangor, 1-0 mampu beraksi kecuali Mohd Fauzi Nan yang terpaksa direhatkan kerana masih cedera.

Justeru, beliau meletakkan keyakinan terhadap gandingan Mohd Khyril Muhymeen, Safi Alfatah, Hamidan Mohamed, Amar Rohidan dan Baddrol Bakhtiar untuk memastikan mereka melangkah ke pusingan ketiga.


“Saya juga berdoa agar cuaca baik pada perlawanan itu kerana padang becak akan mengehadkan kemampuan pemain saya,” kata Wan Jamak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...