Wednesday, March 7, 2012

Jurulatih Navibank merendah diri


Harian Metro

KELAB Vietnam, Navibank Saigon merendah diri apabila menyifatkan peluang Kelantan mencipta kemenangan lebih cerah apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi pembukaan Kumpulan H, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), malam ini.


Kelab kendalian Pham Cong Loc itu gagal beraksi mantap dalam saingan Liga Vietnam apabila berada di tempat kesembilan berbanding Kelantan yang kini mendahului Liga Super.




“Mereka mempunyai peluang lebih baik. Namun kami, kali pertama beraksi di Piala AFC akan cuba memberikan yang terbaik selain permainan bermutu,” katanya.




Cong Loc yang baru dilantik mengendalikan kelab itu musim ini berkata, persiapan menghadapi Kelantan berjalan lancar dan hanya seorang pemain mengalami kecederaan.

Walaupun merendah diri, cabaran lawan tidak boleh dipandang rendah oleh Kelantan kerana mereka turut mempunyai tiga pemain import selain beberapa pemain kebangsaan.


Malah kapten pasukan, Phan Van Tai Em mengaku mereka tetap memburu kemenangan bagi memulihkan keyakinan untuk bersaing dalam saingan domestik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...