Tuesday, March 13, 2012

Skuad eksperimen lawan Syria


KIM SWEE bakal menurunkan skuad eksperimen ketika menentang Syria pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Raja Abdullah, Jordan malam esok.

APA jua keputusan ketika berdepan Syria pada aksi penutup tirai Kumpulan C kelaya- kan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Raja Abdullah, Jordan malam esok tidak lagi mampu menghidupkan semula sisa-sisa peluang skuad Olimpik negara untuk menjejakkan kaki di bumi London.

'Pintu' Olimpik jelas tertutup rapat buat skuad negara selepas terperosok ke tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata, namun ia bukan alasan bagi anak-anak buah Ong Kim Swee untuk sekurang-kurangnya menjadi 'budak pengacau' bagi mengekang impian Syria untuk mara lebih jauh.
Dendam tewas 0-2 kepada skuad kendalian Immad Khankan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sejurus selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, No- vember tahun lepas juga pastinya berbekas di hati pemain muda negara.
Pada masa sama, Kim Swee pastinya lebih bijak dan sekadar menurunkan skuad 'eksperimen' semata-mata di Jordan malam esok ekoran aksi menentang kelab Albirex Niigata pada saingan Liga Singapura (Liga- S), Ahad ini dilihat jauh lebih penting, ter- utamanya selepas berjaya mengutip enam mata maksimum hasil dua kemenangan ke atas Gombak United dan Tanjung Pagar United sebelum ini.
"Kami hanya mempunyai masa selama tiga hari sebelum menentang Albirex (selepas menentang Syria), jadi sudah tentu masalah kecederaan dan kecergasan pemain akan menimpa pasukan.
"Malah, saya sempat juga sempat menyaksikan persembahan Albirex ketika menewaskan Woodlands dan mereka merupakan pasukan yang hebat, jadi pertemuan menentang Albirex cukup penting untuk saya menilai sejauh mana kemampuan pasukan," kata Kim Swee baru-baru ini.
Skuad Kim Swee berlepas ke Jordan se- malam tanpa kehadiran Gary Steven Robat dan Thamil Arasu yang terpaksa diketepi- kan gara-gara kecederaan.
Disebabkan itu, Kim Swee dijangka menggandingkan Syahrul Azwari Ibrahim bersama Ahmad Shakir Md Ali atau penyerang Felda United, D. Saarvindran bagi menggempur benteng Syria, manakala Ahmad Fakri Saarani dijangka mengisi kekosongan Gary di bahagian tengah untuk bergandi- ngan bersama Irfan Fazail dan Nazmi Faiz Mansor.
Syria pula yang ketika ini berkongsi sembilan mata bersama Bahrain pastinya menurunkan pasukan yang terkuat bagi menjamin slot playoff untuk layak ke London akhir Julai depan.
Satu lagi aksi membabitkan pertemuan antara Bahrain dan pendahulu kumpulan, Jepun yang kini selesa mengutip 12 mata di Tokyo malam esok.
Dalam pada itu, ketiadaan Thamil juga tidak menggusarkan Kim Swee ekoran prestasi memberangsangkan Saarvindran yang meledak dua gol ketika menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-2 dalam satu aksi persahabatan Sabtu lepas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...