Wednesday, March 14, 2012

Pos Malaysia mahu tiga mata kejutkan Tok Gajah


Harian Metro 


POS Malaysia tetap mengintai peluang meraih tiga mata berharga ketika berdepan Pahang pada aksi Liga Perdana di Stadium Selayang Jumaat ini.


Jurulatih Pos Malaysia, G Torairaju berkata, walaupun lawan dilihat kian garang dan menduduki tangga kedua liga ketika ini, ia bukan halangan buat pemain melakukan kejutan.




Menurutnya, jika anak didiknya mampu mencipta gerakan seperti dirancang, tidak mustahil lawan mampu ditewaskan.




Katanya, pemain juga dinasihat tidak terlalu menghormati reputasi lawan. Bagi beliau, andai gagal mengejutkan skuad Tok Gajah, keputusan seri dianggap satu bonus buat pasukan.

Pos Malaysia yang kini di tangga keempat liga di belakang ATM, Pahang dan Sime Darby sebenarnya tidak begitu selamat kerana PDRM, NS Betaria dan pasukan lain juga mampu memintas jika mereka tewas.


Katanya, walaupun Pos Malaysia tiada pemain import, beliau tetap mengharapkan kesebelasan utama pasukan memberikan aksi terbaik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...