Saturday, March 10, 2012
SPA FC yakin sekat Preach Khan Reach FC
KELAB Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA FC) yakin mampu menamatkan cabaran pasukan jemputan dari Kemboja, Preach Khan Reach FC dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Menurut Timbalan Presiden, Datuk Ramli Juhari, kelab dibimbing bekas pemain negara, Nidzam Jamil itu sudah mengatur strategi bagi memastikan kemaraan wakil tunggal pasukan yang beraksi di Liga FAM itu diteruskan ke suku akhir.
“Saya amat gembira kerana sudah mempamerkan permainan yang baik sebelum ini dan lebih membanggakan setaraf dengan pasukan lain. Namun, mereka tidak boleh memandang rendah lawan dan perlu fokus.” katanya.
SPA FC menyingkirkan MP Muar dalam pusingan pertama manakala lawan menyingkirkan Pulau Pinang dengan keputusan 2-1.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment