Friday, March 9, 2012

T-Team tak rela putih mata


Harian Metro

SKUAD berstatus kelab, T-Team tidak rela berputih mata sebaliknya mengharapkan tuah bermain di laman sendiri untuk mencatat kemenangan ke atas Pahang dalam saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.


Penyerang, Mohd Faiz Subri berkata, kemampuan lawan tidak boleh diperkecilkan terutama dengan kehadiran dua pemain import dan tidak rela pasukannya tewas di laman sendiri.




“Meskipun Pahang antara pasukan terkuat saingan Liga Perdana dengan menduduki tangga kedua liga, saya dan rakan sepasukan sudah bertekad tidak akan memberi ruang kepada lawan bergerak bebas dalam perlawanan peringkat kalah mati itu.




“Hanya selangkah saja lagi ke suku akhir dan saya yakin kemenangan akan berpihak kepada T-Team tetapi dengan syarat rakan sepasukan mampu memperagakan aksi berkesan,” kata pemain berusia 25 tahun itu yang bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi. Mohd Faiz berkata, biarpun baru menyarung jersi T-Team musim ini, dia tidak sabar menjulang piala dan sentiasa memasang impian membawa pasukan ke landasan terbaik.

Menurut pemain berasal dari Ayer Hitam, Kedah itu, inilah peluang terbaik buatnya membantu pasukan ke suku akhir selepas melepasi halangan pertama menewaskan Johor bulan lalu.


“Ketika ditawar menyarung jersi T-Team, saya sudah memasang hajat menjulang sekurang-kurangnya satu piala bersama T-Team dan pentas Piala FA akan digunakan sebaik mungkin.





“Selain itu, kejayaan menghasilkan gol tunggal perlawanan ketika menundukkan Sarawak minggu lalu meningkatkan azam saya untuk beraksi lebih baik bagi mencatat kemenangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...