Thursday, March 8, 2012

Perlis optimis kekang Kedah


Harian Metro

DI atas kertas, Kedah yang turun berbekalkan kelebihan selaku tuan rumah pasti menjadi pilihan untuk mengungguli pertemuan pusingan kedua Piala FA berdepan Perlis di Stadium Darulaman, Alor Setar, Sabtu ini.


Namun, Perlis yang beraksi di pentas Liga Perdana berbanding Kedah mengakui tidak gentar malah bersedia melakar kejutan.




Ketua jurulatih Perlis, Abdullah Hassan berkata, perlawanan itu cukup penting buat kerana keputusannya akan menentukan siapa bakal beraksi di pusingan seterusnya.




“Kita akui perlawanan antara Kedah dan Perlis kali ini berbeza sama sekali dan saya sentiasa menasihatkan pemain supaya tidak perlu rasa rendah diri, sebaliknya memberi fokus sepenuhnya terhadap permainan kerana hanya kejayaan bakal menjamin tempat ke aksi seterusnya,” katanya.

Abdullah berkata, untuk memastikan pasukan memberikan cabaran kepada skuad lawan yang dikendalikan Wan Jamak Wan Hassan itu, sedikit rombakan mungkin dilakukan terutama di posisi pertahanan berikutan beberapa tonggak utama cedera.


Antaranya, pertahanan kanan dan kiri, Phul Sakh Lum dan Mohd Rozaidi Abdul Rahim.





“Saya percaya semua pemain yang diturunkan nanti sedar tanggungjawab masing-masing untuk memastikan perjuangan pasukan pada kempen Piala FA musim ini tidak berakhir setakat pusingan kedua saja.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...