Saturday, March 31, 2012

Yob risik Mandjou




PERAK menghantar rombongan tiga pegawai ke India semalam untuk menilai kemampuan semasa Kieta Mandjou selepas skuad Seladang tidak berpuas hati dengan beberapa pemain dari benua Afrika yang diuji, baru-baru ini.


Rombongan itu diketuai Naib Presiden 2 Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Khairuddin Ahmad yang turut disertai penolong pengurus pasukan, Ahmad Shahrul Azhar dan jurulatih Norizan Bakar Pemergian tiga pegawai itu bertujuan meninjau keupayaan sebenar pemain berasal dari Guinea itu yang dikatakan begitu menyerlah dalam Liga India.


“Kami mahu mencari yang terbaik dan sehubungan itu, perlu melakukan cara yang betul iaitu melihat sendiri keadaan semasa pemain sebelum membuat keputusan,” kata pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun.




Manjou yang juga pemenang Kasut Emas Liga Super 2006 dengan 17 gol pasti menjadi calon utama Perak dalam usaha memperkuatkan pasukan itu berikutan semua pemain yang diuji selama hampir dua minggu, sudah meninggalkan Ipoh.

Berikutan Perak semakin terdesak mendapatkan khidmat peledak berbisa bagi menghadapi baki kempen Liga Super dan Piala Malaysia, tidak menghairankan jika Pafa sanggup berbuat apa saja bagi mendapatkan penyerang terbaik untuk mengatasi ketumpulan jentera serangannya.


Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tindakan meninjau Mandjou itu bagi mendapatkan pemain berwibawa menggantikan Lazar Popovic apabila tingkap perpindahan dibuka 2 April ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...