Tuesday, March 27, 2012

Kim Swee tabik Nazmi

BH Online

KELIBAT Nazmi Faiz Mansor yang hadir selaku pemain gantian mendapat pujian daripada Ong Kim Swee yang beranggapan dua gol sumbangan pemain muda itu menjadi antara intipati kejayaan Harimau Muda mengutip tiga mata ketika membenam Young Lions 3-1 dalam saingan Liga Singapura di Stadium Yishun, kelmarin. 

“Saya puas hati dengan kemampuan Nazmi menjaringkan dua gol tapi kecewa dengan corak permainan pasukan pada babak pertama yang beraksi sambil lewa sehingga lawan mengejutkan dengan gol.




“Tapi faktor keletihan juga mengganggu rentak permainan pemain,” kata ketua jurulatih itu, semalam.
“Sasaran awal dalam tiga perlawanan diharungi adalah tujuh mata namun lima mata diraih sudah memadai kerana lawan ditemui sukar dijinakkan dan memiliki kekuatan tersendiri. Saya perlu memikir strategi lebih ampuh bagi membuat persiapan lebih rapi.” 

Perlawanan berikut adalah menentang Angkatan Tentera Singapura (SAF FC), Ahad ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...