Saturday, March 31, 2012

Liga-S pentas persiapan Kelayakan Piala Asia B-22

BH Online

TUJUH perlawanan Liga-S diharungi Harimau Muda A bermula Ahad ini hingga 13 Mei depan dianggap Ong Kim Swee sebagai persiapan awal menjelang Kelayakan Piala Asia B-22 2013 dari 23 Jun hingga 3 Julai depan. 

Harimau Muda A yang kini menghuni tangga kedua Liga-S bakal bertemu Singapore Armed Forces di Stadium Choa Chu Kang, Ahad ini, diikuti Home United (8 April), Woodlands Wellington (15 April), Balestier Khalsa (20 April), Hougang United (27 April), Geylang United (3 Mei) dan Tampines Rovers (13 Mei).




“Walaupun bukanlah aksi bertaraf persahabatan antarabangsa, menerusi perlawanan Liga-S setiap minggu ini, saya dapat berdepan lawan yang memiliki kekuatan berbeza dari segi pertahanan, serangan dan kepantasan. Saya juga dapat mencuba pemain.


“Selepas bertemu Tampines, kami akan ke Eropah untuk empat aksi persahabatan dengan kelab di sana sehingga awal Jun. Selepas itu ke China bertemu skuad B-22 China dan kembali ke Kuala Lumpur untuk bertemu skuad B-22 Iran, 10 hari sebelum bermula kempen kelayakan,” kata pengendali itu, semalam. 

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan G, akan bertemu Korea Selatan pada 23 Jun, Filipina (25 Jun), Taiwan (28 Jun), Vietnam (30 Jun) dan Myanmar (3 Julai) untuk merebut dua slot teratas ke pusingan akhir kejohanan edisi sulung itu. 

Namun Kim Swee kini berdepan masalah kecederaan apabila hanya memiliki 16 pemain cergas untuk aksi Ahad ini, selepas Irfan Fazail dan Affize Faisal Mamat menyertai senarai kecederaan. 

“Irfan memerlukan dua minggu untuk pulih kecederaan lutut manakala Affize cedera ringan di paha yang memerlukan empat atau lima hari untuk pulih. Mahali Jasuli dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria sudah boleh berlari tetapi saya tak mahu terburu-buru menggunakan mereka,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...