‘Saha’ yakin Terengganu mampu baham Lions XII
BIARPUN menyedari laluan Terengganu penuh berliku, namun penyerang Terengganu, Ashari Shamsuddin tetap menaruh harapan tinggi dia dan rakan sepasukan mampu menewaskan Lions XII dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini.
Pada tanggapan pemain yang berasal dari Kampung Rawai, Marang, walaupun beraksi di atas padang rumput tiruan, namun itu bukan masalah buat pasukan mempamerkan permainan terbaik seterusnya mengekalkan bekalan satu gol dimenangi dalam suku akhir pertama, Sabtu lalu.
“Saya bertekad untuk pasukan menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol. Apa yang penting semangat juang tinggi serta kerjasama sepasukan amat diharapkan,” katanya.
“Saya amat yakin sekiranya kami cepat menyesuaikan diri dengan keadaan padang, perlawanan ini akan memihak kepada Terengganu sekali gus melangkah ke separuh akhir,” kata penjaring terbanyak musim 2010 itu.
Dia turut berharap tindakan penyudah penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe akan menghasilkan jaringan malam ini.
No comments:
Post a Comment