Thursday, March 22, 2012

Perak hampir pasti cari pengganti Popovic


Harian Metro 


PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) hampir pasti mencari pengganti buat awang import, Lazar Popovic yang terus gagal menunjukkan sebarang peningkatan setakat ini.


Pengurus Perak, Khairul Azwan Harun walaupun tidak menyatakan secara terang membayangkan mengambil langkah itu perlu diambil selepas Popovic terus mengalami kemarau jaringan dalam perlawanan ke-10 liga Super sewaktu menentang Kelantan, di Ipoh, minggu lalu.


Berikutan itu perlawanan liga menentang Kedah di Alor Setar hujung bulan ini dijangka menjadi tugasan terakhir buat Popovic bersama Perak.


Hakikat itu diperkuatkan lagi dengan kehadiran beberapa pemain dari benua Afrika untuk menjalani ujian dan latihan bersama pasukan Kejor Yob Kejor itu.

“Pafa sudah memberikan notis kepada Popovic dan dia tiada pilihan melainkan akur dengan arahan kami. Tiada sebarang pelanggaran perjanjian kerana ia memang termaktub dalam kontrak pemain. Pafa berhak memberi notis peringatan sekiranya prestasi seseorang pemain tidak mencapai tahap diharapkan,” katanya.


Difahamkan daripada empat pemain yang hadir untuk diuji, dua adalah pemain kebangsaan dan Pafa berharap mereka menepati ciri-ciri diperlukan.




“Sebenarnya ada beberapa lagi pemain yang akan datang. Kita mahu uji mereka semua dan memilih yang terbaik,” katanya.

Popovic, 28, walaupun mempunyai ketinggian tetapi ternyata bukan peledak, sebaliknya banyak bertindak sebagai pengumpan.



Kehadiran pemain itu menyaksikan Perak mengamalkan corak permainan hantaran jauh dengan Popovic menjadi sasaran untuk membuka ruang kepada rakan lain bagi menjaringkan gol. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...