Saturday, March 10, 2012

Irfan cari penawar


Harian Metro

KEKECEWAAN ditewaskan Kedah dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu ingin dilupakan Selangor bagi memastikan tiket ke suku akhir Piala FA mampu digenggam malam ini.


Bagaimanapun bukan tugas mudah buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu yang menentang seteru Liga Super, Johor FC di gelanggang lawan selain mendapat sentuhan bekas pengendali Selangor musim lalu, K Devan.




Malah Selangor yang kini berada di kedudukan kelapan liga mencatatkan keputusan buruk apabila menentang pasukan di kelompok bawahan seperti Felda United, PKNS FC dengan terbaru kecundang 0-1 kepada Kedah.


Hakikat itu diakui Irfan Bakti yang berharap ia tidak berterusan dalam saingan Piala FA kerana Johor FC kini berada di tangga ke-11 liga.

“Saya tidak mahu ia berulang dan berharap pemain memberikan komitmen penuh. Kemenangan ini penting bagi mengembalikan tahap keyakinan pemain selepas kekalahan di Alor Setar,” katanya.


Malah menurut bekas jurulatih yang membimbing Terengganu menjuarai piala itu pada musim lalu, beliau memberikan tumpuan khas dalam sesi latihan beberapa hari lalu bagi meningkatkan kemampuan jentera serangan untuk memastikan Selangor mampu menamatkan saingan dalam tempoh perlawanan sebenar.





Selangor tidak mempunyai masalah besar dalam memilih kesebelasan terbaik apabila hanya perancang tengah, K Gurusamy masih dibelenggu kecederaan.

Andai mampu melepasi halangan Johor FC, tugas lebih mudah menanti Selangor di suku akhir kerana bakal bertemu USM FC atau Sime Darby FC.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...