Sumber: Harian Metro
Kelana Jaya: Pengalaman Wolfgang Sidka mengendalikan skuad Iraq kini menarik perhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menjadikan jurulatih kelahiran Jerman itu antara calon melatih skuad Harimau Malaya.
Selepas enggan membuka mulut sebelum ini, akhirnya FAM mendedahkan mereka akan mengadakan perbincangan dengan Sidka dalam masa terdekat sekali gus menutup spekulasi mengaitkan bekas jurulatih Jerman Rudi Voller dengan jawatan itu.