Showing posts with label Guy Bwele. Show all posts
Showing posts with label Guy Bwele. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Aura Babic semakin dirasai


PILIHAN TEPAT: Gambar fail menunjukkan Ivan Babic bersama rakan sepasukan menjalani latihan di Stadium Negeri.



Pemain dari Croatia itu pamer aksi mantap pada dua perlawanan persahabatan

Wednesday, April 11, 2012

Bwele mahu tambah koleksi gol




KUCHING: Penyerang sensasi Sarawak, Guy Bwele berazam menambah koleksi gol bagi membantu Sarawak memburu kemenangan.


Pemain yang mendapat jolokan pakar sepakan percuma itu berkata, Sarawak mampu mempamerkan permainan yang baik jika mengikut strategi dan latihan yang diarahkan oleh jurulatih.



Thursday, December 22, 2011

Guy Bwele bantu Sarawak benam Sabah


RAI GOL: Rashid (jersi 23) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan 


KUCHING: Guy Bwele, pemain import dari Cameroon menerima pujian sebagai pemain terbaik oleh Penolong Ketua Jurulatih Mohd Farhan Abdullah setelah mempamerkan aksi menarik sekali gus membantu Sarawak menewaskan Sabah 1 – 0 dalam perlawanan persahatan yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya pada malam Selasa.


Beraksi di hadapan lebih 2,000 penyokong, serangan Sarawak yang kelihatan lebih banyak dijana oleh Guy akhirnya membuahkan hasil apabila Rashid Aya menjaringkan gol pada minit ke-80.


“Saya berpuas hati melihat permainan Guy Bwele… beliau adalah ‘man of the match’ malam ini,” kata Farhan ketika ditemui selepas tamat perlawanan, di mana beliau mengambil peranan utama mengendalikan pasukan bagi menggantikan Robert Albert yang tidak dapat hadir disebabkan masalah tertentu.


Mengulas mutu permainan pasukan, Farhan bagaimanapun menyuarakan kekecewaannya melihat aksi beberapa pemain yang masih jelas tidak menyerlah selain persembahan permainan yang lari dari sudut taktikal.


“Beberapa pemain bermain dengan lemah dan tidak terlibat sepenuhnya dalam permainan.


“Begitu juga dengan disiplin taktikal terutama pada separuh masa pertama di mana para pemain tidak mengamalkannya seperti dalam latihan.


“Namun, permainan pada separuh masa kedua agak memuaskan,” katanya.
Pasukan pelawat kelihatan lebih banyak mengasak dan menguji kemampuan ‘Ngap Sayot’ namun peluang-peluang yang dihasilkan gagal disempurnakan dengan baik.


Bermain dengan serangan pantas, Sabah memperolehi beberapa peluang terbaik dari segenap sudut  tetapi disia-siakan oleh penyerang import dari Australia, Michael William Baird dan bekas pemain ‘Ngap Sayot’ Bobby Gonzales.


Begitu juga bagi Sarawak, yang mempunyai peluang keemasan pada minit ke-40 namun Ravindran Krishnan mensia-siakannya dan pada minit ke-43, Ranjan Koran melakukan sepakan lemah dari hadapan pintu gol hasil hantaran menarik Guy.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...