Wednesday, April 11, 2012

Bwele mahu tambah koleksi gol




KUCHING: Penyerang sensasi Sarawak, Guy Bwele berazam menambah koleksi gol bagi membantu Sarawak memburu kemenangan.


Pemain yang mendapat jolokan pakar sepakan percuma itu berkata, Sarawak mampu mempamerkan permainan yang baik jika mengikut strategi dan latihan yang diarahkan oleh jurulatih.





Menurut beliau, latihan yang berterusan adalah penting jika seseorang pemain itu ingin mempamerkan sesuatu yang istimewa di padang.


“Saya tidak menjangka akan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma. Ia sesuatu yang amat istimewa buat saya,” kata beliau semasa ditemu bual pada sesi latihan di Stadium Negeri, semalam.


“Tidak mustahil untuk menjaringkan gol tersebut jika kita mengikut latihan yang diarahkan oleh jurulatih dan hasilnya pasti memuaskan.”


Bwele menjaringkan gol Sarawak menerusi sepakan percuma yang cantik pada perlawanan menentang Kelantan, Sabtu lepas. Menerusi jaringan tersebut, Sarawak mendahului Kelantan 1-0 sehingga minit ke-85 sebelum Kelantan menyamakan kedudukan.


Sarawak akan bertandang ke Stadium Darul Aman menentang Kedah pada Jumaat ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...