Friday, April 13, 2012

Safi minta rakan bangkit benam Sarawak

SAFI (kanan)  tekad tebus kekalahan di Stadium Hang Jebat, Jumaat lalu  dalam saingan Liga Super di hadapan ribuan penyokong Hijau Kuning di Stadium Darulaman.
SAFI (kanan) tekad tebus kekalahan di Stadium Hang Jebat, Jumaat lalu dalam saingan Liga Super di hadapan ribuan penyokong Hijau Kuning di Stadium Darulaman.


PEMAIN import Kedah, Safi Abdelfatah meminta semua rakan sepasukan melupakan segera kekalahan di Stadium Hang Jebat, Jumaat lalu, sebaliknya mengerah keringat dan ilham untuk melakar semula kemenangan menjelang pertemuan dengan Sarawak di laman sendiri, malam ini. 

Dia akur masih terasa kekalahan 0-2 kepada Felda United tapi beranggapan ia adalah asam garam permainan bola sepak dan bertekad menebus segera detik itu dalam saingan Liga Super di hadapan ribuan penyokong Hijau Kuning di Stadium Darulaman.






“Saya berdoa agar barisan serangan diterajui Khyril Muhymeen dan Hamidan Mohamed mampu menepati sasaran untuk memastikan mata penuh menjadi milik kami.


“Hakikat sebenar perlu disedari adalah kemampuan menguasai perlawanan bukan bererti tiga mata dapat diraih tetapi hanya jaringan sahaja akan memastikan kemenangan,” kata pemain berkenaan. 

Dia menambah: “Ketua jurulatih (Wan Jamak Wan Hassan) hanya mampu melakarkan strategi dan taktik baik dan pemain harus memanfaatkan segala tunjuk ajar untuk diterjemahkan kepada satu kemenangan di hadapan penyokong setia kami.” 

“Kami perlu beraksi dengan keyakinan diri tinggi ketika berdepan Sarawak yang sudah mula meningkatkan prestasi mereka. Jurulatih mereka (Roberts Alberts) bijak memasang perangkap bagi mengecewakan lawannya.” 

Hamidan yang berjaya menjaringkan empat gol untuk Kedah sebelum ini perlu memastikan dia dapat melakukannya malam ini kalau mereka berhasrat mengutip mata penuh dan memperbaiki kedudukan liga.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...