Monday, April 16, 2012

Ghaddar ketepikan Nwoha

PERTAHANAN   T-Team, Nor Fazly Alias (kanan) berjaya menghalang   Nwoha daripada menjaringkan gol  dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mohd Ke IV, kelmarin.
PERTAHANAN T-Team, Nor Fazly Alias (kanan) berjaya menghalang Nwoha daripada menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mohd Ke IV, kelmarin.


KAFA selesai isu pilih penyerang import untuk Liga Super 

NASIB pemain import The Red Warriors, Onyekachi Nwoha yang dilihat gagal memenuhi cita rasa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), akhirnya terjawab




apabila diketepikan daripada terus berada dalam senarai pemain Liga Super. Keputusan itu diumumkan Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, dengan menegaskan bahawa kekosongan pemain daripada Nigeria itu akan diisi pemain import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar.


Beliau berkata, keputusan untuk memasukkan Ghaddar menggantikan Nwoha tidak ada campur tangan daripada pihak pengurusan KAFA dan perkara berkenaan sudah dirujuk kepada jurulatih pasukan, Bojan Hodak. 

“Tindakan ini dilakukan selepas melihat prestasi semasa pemain berkenaan (Nwoha) dan KAFA sudah membuat ketetapan bahawa prestasi Ghaddar kini semakin meningkat berbanding Nwoha, menyebabkan pasukan lebih selesa dengan pemain Lubnan itu. 

“Khidmat Nwoha mungkin akan digunakan untuk The Red Warriors dalam mengharungi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2012 yang kini Kelantan sudah berada di kedudukan terbaik meneruskan saingan seterusnya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Hadir sama Pengurus pasukan, Azman Ibrahim. 


Isu pemilihan antara dua pemain ini timbul, apabila pengurusan KAFA berada dalam dilema untuk memilih Ghaddar atau Nwoha, bagi dikekalkan dalam Liga Super, selepas pemain Nigeria itu gagal menunjukkan prestasi cemerlang, namun bangkit memberi sentuhan berbisa dalam tiga perlawanan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...