Monday, April 30, 2012

Irfan rehat lima pemain kebangsaan

BH Online

JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim memilih merehatkan lima pemain kebangsaan apabila skuad bimbingannya turun bertemu Sri Lanka pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini. 

Safiq Rahim, K Gurusamy, Asraruddin Putra Omar dan Bunyamin Umar beraksi 90 minit manakala penjaga gol, G Jeevananthan masuk pada minit ke-78 ketika mereka membantu skuad kebangsaan membelasah Sri Lanka 6-0, malam kelmarin.

“Saya akan beri rehat sehari dua kepada lima pemain ini kerana mereka pasti keletihan selepas seminggu dalam latihan pusat skuad kebangsaan. Tapi kita masih ada pemain lain yang beraksi baik ketika menewaskan Sime Darby 2-1 pada aksi persahabatan, Jumaat lalu.
“Biarpun Sri Lanka tewas 0-6, tapi jangan terlalu pandang rendah kerana mereka pasti mahu pulang dengan kemenangan. Jadi, ini satu pendedahan baik dan peluang buat para pemain membuktikan keupayaan masing-masing,” kata Irfan ketika dihubungi, semalam. 

Namun, Selangor hanya akan turun dengan seorang import, Ramez Dayoub memandangkan penyerang dari Croatia, Bosko Balaban pulang daripada bercuti, hari ini. Selangor akan mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang Pos Malaysia, Jumaat ini sebelum saingan Liga Super bersambung 8 Mei, bertemu Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...