Monday, April 9, 2012

Sikap penyokong cemar Lebah


Harian Metro

BUKAN sahaja kemarau tanpa kemenangan berterusan selepas tewas 0-1 kepada LionsXII malah Johor FC berdepan tindakan daripada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) akibat tindakan liar penyokong membaling objek ke dalam padang.


Tindakan itu menyebabkan kapten LionsXII, Shahril Ishak mengalami kecederaan di kepala dalam saingan Liga Super di Stadium Pasir Gudang, kelmarin.




Insiden yang berlaku pada waktu masa tambahan babak kedua perlawanan nyata menjatuhkan imej skuad Lebah tatkala sikap tidak beretika penyokong skuad itu yang gagal mengawal emosi sehingga Shahril terpaksa diusung ke bilik persalinan selepas rebah di padang.




Pengurus pasukan Wan Niza Wan Omar ketika ditemui kesal dengan insiden berkenaan dan menyatakan siasatan akan dibuat sebelum menghantar laporan kepada FAM.

“Saya tidak nampak insiden itu, tiba-tiba saya lihat pemain Lions XII sudah terbaring di padang dan pengadil menghentikan perlawanan. Mujur keadaan Shahril tidak serius namun saya kesal dengan tindakan penyokong membaling objek ke padang kerana pastinya Johor FC akan berdepan tindakan.


“Saya juga sudah memohon maaf kepada pengurus LionsXII berhubung insiden itu. “Apapun kawalan keselamatan di stadium akan diperketatkan lagi bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.





Mengulas aksi longlai skuad Lebah, beliau jelas kecewa dengan prestasi skuad kendalian K Devan yang masih kempunan untuk mencatat kemenangan selepas jaringan tunggal penyerang LionsXII, Muhamad Kharul Nizam Mohd pada minit ke-42 sudah cukup memastikan kemenangan buat pasukan pelawat itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...